Kecewa

Assalamualaikum.

Hmm.


Talam Dua Muka.
Musuh Dalam Selimut.
Gunting Dalam Lipatan.

Semuanya memberi erti yang lebih kurang sama.

Pernah kita rasa tak
Sahabat baik kita atau
Kawan karib kita atau
Adik angkat kita atau
Anak didik kita sendiri
Yang kita dah bagi kepercayaan
Yang kita dah usahakan untuk menaikkan dia
tapi akhirnya
merupakan orang yang menjatuhkan kita.

Mungkin kita tak sedar
sahabat di hadapan kita ini
bak kata pepatah
pijak semut pun tak mati
punyalah sopan dan baik akhlaknya
punyalah lemah lembut pabila bertutur dengan kita
tapi hakikatnya
dibelakang kita
habis dicaci dihina
dilontarkan pelbagai fitnah
dituduhnya bermacam-macam
kepada kita

Namun
bukan tugas kita untuk membalasnya
yang hak tetap hak
yang layak untuk membalasnya
hanya Allah Yang ESA
Mungkin di dunia
kita teruk dipandangan certain orang
tetapi di akhirat belum pasti

Yang penting ikhlaskan niat
terhadap apa yang kita buat
niatkan lillahi taala
niatkan semua perkara yang baik
elakkan dari kita doakan sesuatu yang buruk terhadap 'musuh' kita
sentiasa berfikiran positif dalam semua perkara

Semoga mereka-mereka yang bersikap seperti peribahasa diatas mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah SWT.

haa. Camni ker maksud Gunting dalam Lipatan. Hmm.

Wallahualam

Comments