Kursus Jurus Wajib

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selesai sudah Kursus Jurus Wajib anjuran Aksi Akademi Silat HBO (Habizan Enterprise) pada 23hb-24hb Februari yang lalu. Penyertaan seramai lebih kurang 25 peserta. Alhamdulillah majoritinya lulus dengan cemerlang. Aku pulak? Bukan sebagai peserta kursus tersebut. Cuma hanya membantu melancarkan perjalanan kursus tersebut. Alhamdulillah, bertambah lagi kenalan dari pesilat2 perguruan lain.



Di hari terakhir kursus tersebut diadakan ujian bagi setiap peserta kursus dan persembahan semua kategori atlit Selangor di hadapan penguji kursus merangkap Wasit Juri Kelas Pertama Antarabangsa, Cikgu Faid.


Setelah selesai diuji oleh Cg Faid dan persembahan oleh atlit Selangor, majlis penutup dan penyampaian Sijil kepada para peserta dan pembantu kursus. Tahniah kepada semua peserta dan terima kasih kepada yang membantu melancarkan perjalanan kursus.




Next kursus bulan April ni yakni Kursus Jurus Tunggal anjuran Kelab Pencak Silat UKM. Setakat ini penulisan untuk kali ni.

p/s : Rasa seronok bila benda yang kita ajar, orang dapat terima dan perform dengan baik.

Wallahualam.

Comments