Pra SUKMA 2012

Assalamualaikum.

Alhamdulillah berpeluang meluangkan sedikit masa mengisi sesuatu di ruangan ini. Cuti pertengahan semester telah pun selesai namun hakikat sebenar penulis masih tidak punyai masa yang cukup untuk merehatkan diri dan minda kerana terpaksa mempertaruhkan masa lapang untuk membantu adik2 gelanggang penulis yg akan bertanding minggu ini dan juga penulis sendiri sekarang dalam zon mempersiapkan diri bagi menghadapi satu kejohanan yang amat bermakna bagi penulis yakni Kejuaraan Silat Kebangsaan pada akhir bulan ini.

Di kala kesibukan yang terpaksa dihadapi penulis sepanjang minggu2 yang lepas, suka untuk penulis mencoretkan serba-serbi mengenai kejuaraan yang penulis hadiri. Bukan sebagai peserta, juga bukan sebagai jurulatih. Namun hanya sebagai seorang abang melihat adiknya beraksi dalam gelanggang. Hanya sebagai seorang senior menyokong juniornya berjuang di arena persilatan.

Kejuaraan Pencak Silat Pra Sukma 2012 yang telah diadakan di Dewan Sri Mentakab, Pahang pada 7-11 Mac yang lalu. Penyertaan dari pasukan PESAKA2 negeri yang bakal bertanding dalam Kejuaraan SUKMA Pahang pada bulan Julai yang akan datang. Alhamdulillah, kerana kecenderunganku hanya dalam acara silat seni, keputusan Kategori Tunggal dan Regu putera Selangor telah berjaya dinobatkan sebagai Naib Johan kejuaraan. manakala Johannya tetap dan boleh kata 'WAJIB' disandang oleh team Pahang.

Tunggal Putera

Regu putera

Team Selangor

Tahniah pada yang berjaya. Yang kecundang dapat cuba lagi dan pastikan di SUKMA nanti kalian pulang bersama pingat di leher masing2. Dan pastikan pingat tersebut adalah EMAS. Insyallah. Wallahualam.

p/s : Kerja gile pernah aku lakukan yakni ulang alik KL-Mentakab selama dua hari berturut-turut. Haha.

Comments