Final Exam around the Corner

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk penulis mencoretkan serba serbi mengenai keadaan penulis sekarang. Alhamdulillah dan syukur kupanjatkan kerana secara rasminya selesai sudah sesi kuliah pengajianku sepanjang semester ini. Bermakna kesemua fenomena kuiz, assignment, presentation dan seumpamanya telah pun tamat. Kini penulis di dalam zon minggu mengulangkaji (revision week) untuk menghadapi Peperiksaan Akhir Semester yang bermula seminggu dari sekarang.

Seperti biase, kelas2 terakhir ni dipenuhi dengan sesi perkongsian tips2 menjawab exam, soalan spot, perkenalan mengenai format dan kaedah menjawab soalan bagi memenuhi kriteria penanda kertas, sesi menjawab soalan2 exam semester lepas dan lain2. Carry marks untuk beberapa subjek sedang diproses dan akan dipamerkan di luar bilik pensyarah beberapa hari jer lagi. Keputusan exam2 midterm untuk semua subjek telah pun diketahui. Masing2 merancang strategi untuk skor A dan lulus untuk kesemua subjek.


Dikesempatan ini penulis ingin mengucapkan SELAMAT MENEMPUHI ZON PEPERIKSAAN untuk semua yang bakal menduduki peperiksaan akhir semester tak lama lagi khusus buat mahasiswa/i UIAM.

Wallahualam.

Comments

Post a Comment