Selamat Hari Guru

Assalamualaikum.

Di kesibukan yang tiada penghujung ini, penulis ingin mengambil kesempatan mengucapkan

SELAMAT HARI GURU

buat semua warga pendidik seluruh Malaysia khususnya kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar, membimbing, mendidik, menegur, memberi tunjuk ajar dan segala bentuk penyaluran ilmu kepada penulis sejak bermulanya permusafiran penulis dalam misi menuntut ilmu :

SK Taman Melawati 1
SMK Taman Melawati
SMK Sg Pusu
CFS IIUM PJ
IIUM Gombak
PSSGM
Pencak Silat Selangor

( ..nak sebut nama seorg2, rasenya akan memanjangkan lagi post ini. Cukup sekadar senaraikan gedung2 ilmu yg penulis pernah bertapak dahulu sehingga kini.. )

Terima kasih, Syukran jazilan, Thank you dan Arigato di atas pengorbanan cikgu2 yang tak pernah mengenal erti penat dan bosan dalam mendidik anak2 bangsa bagi melahirkan satu generasi yang satu hari akan memegang tampuk pimpinan negara. Insyallah.

Penulis sangat tertarik dengan satu sajak nukilan Usman Awang yang berbunyi :

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama' yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam yang menang bicara
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang GURU biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Begitu mendalam maksud tersiratnya. Pernah seorang yang bergelar GURU berkata kepadaku,
"Seorang GURU dapat menjaga, mendidik dan mengenal semua anak muridnya, tapi tak semua murid dapat menjaga dan mengenali seorang GURU itu". Renung2kan.



Wallahualam.

Comments