Adakah ini dikatakan MERDEKA??

Assalamualaikum.

Salam 15 Syawal 1433H. Kepada yang masih belum berkesempatan menunaikan solat sunat puasa enam, silalah berbuat demikian. Bukan senang kita nak menghimpun pahala zaman sekarang ni. Bukan macam zaman sahabat dulu, umat yang hayat hidupnya cecah beratus2 tahun. Mampu menghimpun pahala sebanyak yang boleh. Tapi kita ni, kalau dapat hidup melebihi 63 tahun tu pun dah kira bonus. Allah SWT dah bagi malam lailatul Qadr, malam padanya lebih baik dari seribu bulan. Then bagi puasa enam pulak tu nak bagi kredit kat umat2 yang tak jemu beribadat dan memohon keberkatan dari-NYA dengan pahala puasa ibarat setahun. Tapi kekadang kita lalai dengan nikmat dunia. Duk heboh terima undangan open house la, undangan perkahwinan la dan macam2. Tapi takkan dalam 30 hari bulan SYawal, setiap hari ada undangan kan? Cubalah sparekan 6 hari dalam bulan Syawal semata2 untuk merebut ganjaran yang Allah SWT telah lama janjikan. Renung2kan. Ok. Ni baru intro. Now lets move to the main topic.


Politik tak bertamadun. Hmm. Dalam kesibukan semua rakyat Malaysia menyambut kemerdekaan ke-55 ni, ade jugak segelintir manusia2 yang aku kira tak cukup matang untuk berpolitik. Ok. Nak kata mereka matang tu mungkin dah matang sebab masing2 merupakan golongan belia. Tapi macammana isu MEMIJAK GAMBAR PEMIMPIN boleh tercetus ketika Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka tempoh hari. Dah tu siap ade pulak peserta himpunan tu yang bawak 'bendera baru' yang bagi aku menggugat kedudukan Jalur Gemilang yang telah lama menjadi bendera MALAYSIA sejak kemerdekaan 1957 dulu. Adakah itu dikatakan 'MERDEKAAA'?


Rase2nya releven tak rakyat memijak gambar pemimpin mereka sendiri? I'm not here to talk about politics. Aku bercakap mengenai sikap. Sikap manusia zaman sekarang ni yang masih TAK MERDEKA dari sikap2 NEGATIF. Kalau tak suka seseorang tu memang menentang habis2an sehingga sanggup menjatuhkan maruah pemimpin sendiri dan menimbulkan huru-hara. Tolonglah bersikap RASIONAL dan PROFESIONAL! Jatuhkan maruah? Hmm. Aku rasa bukan setakat jatuhkan maruah beliau je, silap2 jatuhkan maruah negara sendiri. Negara yang mana rakyatnya memandang enteng dan memperkotak-katikkan tindakan pemimpin sendiri.

MERDEKA. Ape yang mereka faham sebenarnya dengan istilah MERDEKA? Adakah hanya untuk meraikan kejayaan tanah semananjung mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dulu? atau MERDEKA ini hanya sekadar saat mereka berhimpun beramai2 di Dataran Merdeka melaungkan 'Merdeka' bersama2 PM dan pimpinan negara yang lain? ada pulak tu segelintir golongan2 muda yang mengambil peluang berdating/ melakukan perkara di luar tabi'i ketika orang lain duk heboh tengok bunga api/mercun meletup-letup kat udara. [19 pasangan dicekup KHALWAT ketika malam kemerdekaan]. Adakah ini dikatakan MERDEKA?? Rasenya tak perlu aku nak menterjemahkan makna tersirat istilah KEMERDEKAAN ni. Masing2 dah besar panjang dan boleh pikir sendiri.

Kita patut BERSYUKUR dengan KEAMANAN yang telah kita kecapi selama 55 tahun ni. Kalau kita lihat saudara2 kita di BURMA, PALESTIN, SYRIA yang mana merana dan hidup dalam keadaan negara yang huru-hara. Dengan keperluan makanan tak cukup. Ditindas hidup2. Tempat tinggal takde. Jadi pelarian sana sini. Ade pulak negara yang melayan mereka (pelarian) seperti banduan. Serius sedih. Cuba kita bayangkan dalam kalangan mereka ada kaum kerabat kita, adik beradik kita, sepupu sepapat kita atau yang paling sedih kalau mereka itu ibubapa kita. Confirm sekarang ni kita tak henti2 berdoa. Aku jamin!


Namun disebalik sambutan malam kemerdekaan tempoh hari, adalah terasa sedih jugak sebab hanya berapa kelompok je yang meraikan kemerdekaan dengan pengisian berbentuk ilmiah dan rohani. Kita sepatutnya menadah tangan memohon kepada Allah SWT supaya panjangkan lagi tempoh kemerdekaan negara kita dan jauhi negara kita dari ancaman2 luar yang mana boleh mengugat ketenteraman dan keamanan negara.

Ok. Sorry! Terpanjang pulak berceloteh kali ni. Haha. Maklumlah, bila hati mula berkata, jari tak henti2 menaip. Hanya sekadar pendangan peribadi penulis. Takde dipengaruhi oleh pihak2 tertentu dan jauh sama sekali nak melibatkan isu politik dalam entri kali ini. Sekian.

Wallahualam.

Comments