Politik Keterlaluan

Assalamualaikum.

Muka2 WANTED yang menyerang Masjid Pumpong tempoh hari. 

Kalau DULU, MASJID adalah tempat yang paling SELAMAT. Jauh dari segala kekecohan, kekalutan, pergaduhan dan macam2. Masjid yang menjadi tempat menuntut ilmu, beribadah dan menjalankan aktiviti berbentuk sosial yang lebih menjurus ke arah DAKWAH islamiyah. Tapi bila kita lihat HARI INI, semakin ramai yang berani menggugat ketenteraman di masjid2. Hanya kerana POLITIKUS. Kenapa perlu libatkan institusi masjid. Macam KES di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong tempoh hari. Dihadiri oleh DSAI hanya untuk bersama2 menunaikan SOLAT JEMAAH dan menyampaikan TAZKIRAH kepada masyarakat setempat je pun. Depa yang 50 orang duk nak timbulkan HURU-HARA siap nak putuskan bekalan elektrik semua pasai pa? Perlu ke buat semua tu. Dah tu siap ade CUBAAN membunuh pakai KERAMBIT. Kerambit woo. Kalau kene roadblock, kita bawak kerambit camtu je pun dah kena tahan. Antara senjata yang PALING merbahaya sekarang.

Ape la nak jadi dengan POLITIK zaman sekarang. Aku rase yang di ATASnya rileks je bertindak secara profesional, yang di BAWAH pulak yang ramai bertindak agresif. Sebab tu aku pernah kata dulu, mereka2 ni tak berapa MATANG dalam berpolitik. Atau ini yang mereka paham tentang politik. Maaf. Memang takde niat nak masuk bab politik. Tapi sampai tahap mengugat dan menimbulkan huru-hara kat masjid ni yang aku tak berkenan. Pak Cik Mak Cik yang dah biasa datang masjid tu pun dah rasa tak selamat dah nak datang selalu. Berubahlah! "Ya Allah, Engkau berikanlah petunjuk kepada mereka. Amiin." Ingatlah! yang PALING LAYAK memberi mereka balasan  ialah ALLAH SWT. Bukan kita.

Sumber : Selangorku

Comments