Tulang Belakangku semasa BERJUANG

Gambar 1 : Seorang insan yang aku telah anggap sebagai ADIK KANDUNG sendiri walaupun penat melayan kerenah beliau. Hehe. Sejak tahun 2006 ketika dibangku sekolah menengah lagi yakni SMKSP, kami telah berjuang bersama dalam kategori REGU sehingga pada tahun 2006 telah berjaya dinobatkan sebagai JUARA KEBANGSAAN pertandingan peringkat sekolah2 kebangsaan dan jemputan antarabangsa di Negeri Sembilan. Pada tahun 2007 pula kami sekali lagi berjaya tembus ke arena sekolah2 kebangsaan namun hanya sekadar meraih pingat PERAK. Perjuangan kami diteruskan lagi diperingkat SUKAN SELANGOR (SUKSES) pada tahun 2009 dan berjaya mendapat JOHAN sekaligus mengangkat kami ke level seterusnya yakni SUKAN MALAYSIA (SUKMA) pada tahun 2010. Rezeki kami di SUKMA terhalang gara2 permainan politik dari pihak penganjur, namun kami tak mengalah. Bulan demi bulan, tahun demi tahun kami giat berlatih hingga kami berpeluang menyertai Kejohanan Silat Kebangsaan pada tahun 2010 dan 2012 yang mana ianya merupakan pemilihan ATLIT2 MALAYSIA yang akan ke Kejohanan Silat Dunia dan SEA Games. Alhamdulillah sekadar berjaya meraih pingat PERAK. Dan akhirnya kini berpeluang mewakili IPT Malaysia ke Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala TPM 2012 ini. Sekali lagi ALHAMDULILLAH kami berjaya membawa pingat EMAS untuk warga MALAYSIA. Begitu banyak halangan dan cabaran yang kami tempuhi. Namun berjaya kami atasi. Akan datang, doakan kami sekali lagi akan MEWAKILI MALAYSIA ke Sukan Universiti ASEAN pada bulan Disember ni Insyallah.

Gambar 2 : Jurulatihku COACH HABIZAN OTHMAN. Lebih aku anggap sebagai ABANG dan PEMBIMBINGku sepanjang persediaan ku ke semua kejohanan yang telah ku sertai. Beliaulah yang memperkenalkan aku ke DUNIA SILAT SENI yang sebenar. Permainan SILAT SENI bertaraf antarabangsa. Sentiasa memberiku semangat, bimbingan, nasihat dan motivasi terhadapku ketika aku 'DOWN'. Sangat3 berterima kasih kepada beliau. Beliau juga yang telah menyambungkan silaturahimku dengan atlit2 UPNM dan UiTM. Disebabkan beliau juga aku dikenali diperingkat universiti. Bukan nak riak, tapi sekadar menggambarkan betapa tingginya sumbangan beliau dalam perjalananku dalam DUNIA ATLIT. Juga sekarang beliau merupakan MENTORku dalam kejurulatihan. Aku telah diberi kepercayaan untuk menjadi pembantu beliau dalam Kejurulatihan Silat Seni Selangor. Banyak yang aku belajar. Alhamdulillah. Terima kasih buat coachku, Ckg Habizan.

Gambar 3 : Sahabat2 dari UPNM. Mat Rock, Harif (Angah) dan Wak. Merekalah antara atlit2 UPNM yang aku rapat. Mereka yang aku anggap seperti adik beradik sendiri. Sentiasa memberi semangat kepadaku setiap kali sebelum bertanding. Pernah sekali jer berentap dengan team mereka iaitu di Kejohanan Jemputan UPNM tempoh hari. Namun, mungkin atas kesibukan mereka merangka kejohanan tersebut, persiapan mereka yang tak cukup lantas memberi peluang kepada kami untuk meraih pingat EMAS ketika itu. Mereka lah bagiku JUARA kategori REGU Putera di peringkat IPT. Tiap kali game IPT, mereka muncul sebagai JUARA. Dan ikutkan merekalah yang selayaknya mewakili IPT negara, namun atas beberapa faktor, ianya tak terlaksana. Jangan tanya aku sebab apa. Tanyalah pihak yang menguruskan atlit2 IPT negara ni. Papepun, merekalah yang terbaik!

Gambar 4 : Abg Epol. Seorang tukang masak profesional. Chef Riz (anak Chef Wan) merupakan Junior beliau dalam arena memasak. Beliau juga mahir dalam seni mengurut dan tak lupa juga seorang yang sentiasa memberi motivasi kepada yang memerlukan. Dan salah seorangnya ialah aku. Sangat2 berterima kasih kepada beliau kerana sentiasa membantuku dalam merawat kakiku yang seringkali tercedera dan sakit ketika persediaan kejohanan tempoh hari.

Gambar 5 : Coach Silat Seni IPT Malaysia, Ahmad Faizal atau lebih dikenali dengan panggilan Abg Peja. Terima kasih kerana memberi kepercayaan yang penuh buat team kami kerana memilih kami untuk berada dalam kalangan atlit ipt negara. Sangat TERHARU bila beliau ungkapkan keinginan beliau untuk MENGHARAPKAN kami sangat2 untuk berada dalam kontinjen beliau sekaligus meletakkan kami sebagai PROSPEK EMAS untuk Kejohanan Sukan Universiti ASEAN akhir tahun ni. Alhamdulillah. Ade rezeki, akan kami jejakkan kaki kami ke sana membawa nama negara dan Insyallah kami akan cuba sedaya upaya untuk memastikan lagu NEGARAKU berkumandang di bumi LAOS akhir tahun ni.

Gambar 6 : Bergambar bersama Bro. Tajul, atlit Jurus Tunggal Negara. Pemegang pingat GANGSA dalam SEA Games tahun lepas. Merupakan antara yang memberi semangat kepadaku last minit ketika sebelum dan selepas jejaknya aku ke dalam gelanggang tempoh hari. Dapat berkongsi tips permainan Tunggal dengan beliau. Alhamdulillah, minatku ke arah kategori Jurus Tunggal semakin membuak2. Insyallah bakal menukar bidang ke arah itu pada tahun depan. Semoga aku berjaya mencapai IMPIAN peribadi hidupku satu hari nanti. Amiinn.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Comments