ASEAN University Games LAOS 2012 #1

Assalamualaikum.

PENGALAMAN. Sesuatu yang tak mampu dibeli menggunakan wang ringgit. Seorang 'GURU' yang terbaik untuk mengajar kita apa itu erti kehidupan yang sebenar. Perjalananku selaku seorang DUTA kecil warga Malaysia dalam memperjuangkan nama negara di arena antarabangsa yakni penglibatanku di Kejohanan Pencak Silat Sukan Universiti ASEAN ke-16 yang baru saja melabuhkan tirainya pada 20hb disember yang lalu bertempat di Stadium Nasional Laos.

Alhamdulillah. Sepenglibatanku dalam dunia persilatan, inilah kali pertamanya aku merasai detik menjejakkan kaki di tanah seberang. Di tanah orang. atau aku boleh definasikan sebagai kubu musuh. Tanah Vientiane, Laos telah terpilih menjadi medan peperangan kami, skuad IPT Malaysia. dengan mempertaruhkan 19 jenis sukan dan 160 pingat emas. Namun, aku hanya terlibat dalam salah satu dari 19 sukan tersebut iaitu sukan Pencak Silat atau secara spesifiknya Silat Seni.

Insyallah suka untuk aku coretkan detik2 kami bertolak ke sana, berada di sana dan sekembalinya kami di 'tanah tumpahnya darahku' ini.

Timeline > Before Depart to LAOS.
Location > South City Plaza Mall & Dewan Putra 2 Kolej 12 UPM.


Hampir 10 hari kami, skuad Pencak Silat IPT Malaysia berkampung di Akademia, South City Plaza Mall Serdang. Tidur di sana, berjogging di sana, ber fart-lek di sana, berlatih di sana dan menggemukkan diri di sana. Haha. Mengisi masa2 akhir menbuat persiapan serapinya sebelum kami bertolak ke Laos. Jadual dan aturcara yang lengkap disediakan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan pihak Institut Sukan Negara demi memberi persiapan sepenuhnya dari semua aspek kepada atlet2 negara termasuk dari aspek persediaan mental, teknik, pemakanan dan lain2.

barang2 free~ haha. 
*credit to Hanif Aa for the pic

impianku ingin memiliki sepersalinan 'harimau' termakbul. Alhamdulillah. 
*credit to Hanif Aa for the pic

selesai minum malam. anep n eboy.

azam n din pasangan yg tak dpt dipisahkan. haha.

Talk by En. Jasni bin Ladin, Pengerusi Urusetia merangkap Pengarah Pusat Sukan UMP. About persiapan dan persediaan atlet.

kami antara yang terawal sampai. 

dah takde keje, asyik bergambar. haha.

Coach Peja n Coach Bob in da house..

Talk by Bro. Mohd Nizar b. Ahmad Padzi, Pegawai Psikologi Sukan, ISN.

Bedah n Sya. Tengah talk pun sempat bergambar. Haha.

Setiap malam jadual kami penuh dengan talk dan sesi ceramah yang di susun khas oleh pihak KPT manakala di sebelah pagi dan petangnya penuh dengan sesi training yang dikendalikan oleh coach sukan masing2 ditempat yg telah ditetapkan oleh pihak KPT. Majoritinya berpusat di UPM. Tempat latihan kami pulak? Yeah. Lengkap dengan aircond, matress, keadaan sekeliling yang sesuai untuk aktiviti sukan dan riadah. Untuk sesi pertama kami, as usual berkayuh selama 30 minit nonstop pusing sekitar kawasan kolej 14 sehingga pintu pagar yang berdekatan dengan stadium UPM dan disusuli dengan aktiviti fitness + agility training. Manakala sesi kedua pagi tu pulak dijalankan latihan teknik begitu juga disebelah petangnya. Gambar di sekitar kawasan latihan kami... Dewan Putra 2, Kolej 14, UPM..

mattress 8x8 yg dikongsi berlatih bersama team Muay..

bila habis sesi latihan, gini lah jadinya. 

bila coach penat melatih, khidmat mengurut sgt diperlukan..

cooling down..

din bedah eton bob boy sya

regu putri malaysia.. niza ain nadrah..

one team with different background.. different university, different states, different level but fight under ONE roof. that is JALUR GEMILANG!

Setelah selesai hampir 10 hari kami berkampung di South City Plaza Mall, akhirnya tanggal 15hb Disember tepat jam 245am, kami bertolak menuju ke LCCT. Kami juga merupakan trip terakhir kontinjen Malaysia yang bertolak ke Laos. Permusafiran kami diteruskan dengan penantian kami untuk penerbangan AK1412 yang akan mendarat di Vientiane International Airport di Laos. Penerbangan yang mengambil masa 2 jam setengah. 

p/s : mengenai majlis penyerahan Jalur Gemilang boleh refer post sebelum ni KLIK SINI. Malas nak campur adukkan supaya tak nampak kusut. Haha. Teruskan membaca. Nantikan post seterusnya. Wallahualam.

.....To be Continued..

Comments