Walimah Coach HBO & Kak INA di JB


Assalamualaikum.

Penat. Letih. Capek. Mengantuk. Sakit pinggang. Ok. Semua ade. Tapi semuanya berjaya diselaputi dengan kesoronokan. Kegembiraan. Keterujaan. Kepuasan. Alhamdulillah~

Baru pulang dari menghadiri majlis walimah coach Habizan di Larkin Perdana, Johor Bharu. Serius penat gila drive ulang alik KL-JB dalam sehari. To be spesifik in 12 hours. Wauu. Rasanya macam dah catat rekod peribadi pulak. Haha. Perjalanan pergi yang mengambil masa 2 jam setengah dan perjalanan pulang mengambil masa 5 jam. Tu lah bezanya kalau dah rushing. Haha. Apepun, alhamdulillah syukur sangat kami berjaya pergi dan pulang dalam keadaan selamat.

Namun, keletihan masih menghalangku untuk menginterpretasikan maksud disebalik keadaan aku sekarang. Lets the pictures describe everything.

Baru sampai JB sekitar jam 1200H. Pengantin pun tak siap lagi. Ape lagi? Makan dulu. Haha.

 3 kuntum bunga je yang hadir mewakili silat selangor. Gandingan Regu Putri UiTM MASUM 2010.

Muka tengah fokus ready untuk demo. Nervous sebenarnya. Dah lama tak buat. Haha.

Tak pasal-pasal kene iringi sambil pegang tombak. Tapi, yang peliknya, kenapa aku sorang tersingkir. Haha. Ni lah nasibnya pakai sampin yang ganjl dari yang lain. 

 Tersingkir tu tersingkir jugak. Ni ape cite sampai kena ketuai iringan. Haha. Muka dah habis cover.

Kedua mempelai disambut dengan berpayungkan tombak.

Di pelamin. Kegiatan menepung tawar dijalankan.

Bosan. Sementara menunggu giliran buat DEMO. Kemain lama. Haha.

 Akibat terlampau bosan menunggu, kegiatan menangkap gambar kian berleluasa. Standby DEMO.

 Meng'AMIN'kan bacaan DOA dari MC majlis.


Ok. Sekarang ni part lawak dah sampai. Haha. Terus ikuti gambar-gambar sepanjang DEMO kat bawah.

Barisan pesilat-pesilat DEMO tampil ke depan pengantin yang tengah syok makan beradab. Haha.

Dimulakan dengan HORMAT SILAT dari semua.

Yes! Part paling memalukan. Orang semua HORMAT SILAT dan terus bukak bunga silat (tangan buka ke atas), tapi aku? Macam mana boleh terbukak bunga SOLO awal pulak. Haha. Aduyai. Cover punya cover, sekali pengantin perasan da. Haha. Sumpah malu. Harap yang lain tak sedar.Tu satu hal, tambah pulak aku terperform bunga SOLO lama sangat. Masa buat rasa macam kejap. Sekali tengok rakaman, lama bak ang. Ni la kesannya bila dah lama tak feel buat bunga SOLO. Haha.

Next, persembahan DEMO tempur dari gandingan Ishkandar dan Ibnu. Maaf. Gambarnya takde dalam simpanan. Sorry geng.

Seterusnya, Persembahan Tunggal yang diregukan. Haha. Pada mulanya buah tunggal dipersembahkan secara individu dan berturut-turut dan endingnya diubah mengikut citarasa pesilat diolah dengan selitan gerak bunga dan diserentakkan. Ok. Tak paham! Haha.

 Next! Gandingan Ganda Putera JUARA SUKMA Pahang 2012. Dah lama tak tengok mereka beraksi. Walaupun graph permainan tak macam dulu. Tapi still, berjaya mencuri hati penonton.

Penutup. Persembahan Jurus 4 REGU secara berjemaah. 

 Salam HORMAT dipengakhiran gerakan Jurus 4 REGU tadi.
 
 Kejutan sikit. Lepas habis salam HORMAT, terus menghampiri cikgu dan merenung tajam ke mata cikgu. Lepas beberapa saat, pandang pengantin perempuan dan senyum. Entah mana datang idea ni pun aku tak tahu. Tapi best jugak buat benda yang unexpected. Haha.


Alhamdulillah. Selesai sesi DEMO. Dan sesi penggambaran diteruskan di pintu gerbang majlis walimah tanpa segan silu. As usual. Haha.

Adui. Nampak besar pulak badan aku. -_-'

 SELANGOR!!!

Alhamdulillah. Bila ade gambar baru senang nak olah cerita. Yang penting, gambar dapat menjadikan post ni lagi menarik. Anyway, CONGRATULATION my coach HABIZAN OTHMAN a.k.a. DANNIAL. Moga ikatan diperkukuhkan dan diberkati oleh-NYA. Dan semoga hidup bahagia hingga ke anak cucu. Harap persembahan kami yang tak seberapa tadi mampu menarik perhatian coach, walaupun hanya seketika.

Wallahualam.

Comments