Terakhir bersama sebelum berjuang

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Berpeluang jugak aku meluangkan sejam dua bersama sahabat2 sepasukan Team Silat UIAM yang bakal menjulang nama UIAM untuk ke Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala TPM 2014 yang akan berlangsung pada 15 hingga 20 September ini bertempat di Pasaraya Mydin Ipoh Perak. Walau hanya kurang dua jam dapat bersama membantu mereka membuat persiapan terakhir, rasa diri ini bersalah dan tak puas kerana hakikat diri ini seolah dipertanggungjawabkan untuk mempersiapkan mereka (kategori regu putra dan putri).

Bersama regu putra dan putri UIAM..

Bersama atlet regu putra IPT Malaysia..

Maaf tak dapat turut serta. Dan mintak doakan supaya ini bukan yang terakhir. InsyaAllah moga doaku mengiringi kalian sepasukan untuk berjaya di sana. Doakan aku selamat pergi dan selamat pulang.

GOODLUCK UIAM! HuHa!!!
GOODLUCK MALAYSIA! Auummmm!!!

p/s: Masing masing ada cara masing masing. Kekadang kita mungkin tak selesa dengan cara mereka tapi kita tak tahu ada dalam kalangan kita yang perlukan cara itu untuk maju ke hadapan. Stop judging people and start accepting others.

Wallahualam.

Comments