Ganjaran Pencen Seumur Hidup Dipertikai Umum

Assalamualaikum w.b.t.

Rasa terpanggil pula nak mengomen sikit isu yang sekarang sedang hangat diperkatakan orang ramai di media sosial. Isunya ialah laporan polis yang dibuat oleh seorang pesara tentera yang menyuarakan ketidak puas hatian atlit pingat perak olimpik dalam sukan renang, Pandalela dan Jun Hoong Yang menerima pencen bulanan RM3000 seumur hidup daripada kerajaan. Katanya pemberian tersebut tidak wajar kerana ramai lagi pejuang negara dan bekas kakitangan ATM dan polis yang banyak berjasa yang lebih layak untuk diberi insentif sebegitu rupa. Screen shot laporan polis tersebut adalah seperti di bawah.


Baru terasa nak komen tadi, dan tetibe terserempak dengan komen orang lain terhadap isu tersebut. Bila baca balik, nampaknya point beliau boleh kata majoriti sangat sama dengan apa yang aku ingin katakan. So rasanya tak perlu nak menaip pepanjang. Boleh rujuk terus screenshot di bawah. Dan aku sangat setuju dengan beliau!


Pendek cerita, kita ini selagi tak pernah merasa berada di tempat mereka JANGAN sesekali nak menilai rezeki yang mereka terima. Kita tak nampak susah payah dan pengorbanan yang mereka lalui untuk capai ke tahap itu. Yang kita selalu nampak hanya kejayaan mereka. So ADILKAH untuk kita mempertikaikan rezeki yang Allah dah kurniakan kepada mereka? Renung-renungkan. 

Wallahualam.

Comments