Tuan Guru Dato Dr. Haron Din in Memory (1940-2016)

Assalamualaikum w.b.t.

Seorang lagi permata ummah telah kembali menghadap Sang Pencipta. Awal tahun lepas bersamaan 12 Februari 2015, Almarhum Tok Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat telah meninggalkan kita kerana menghidapi kanser prostat. Dan dua hari yang lepas bersamaan 16 September 2016 jam 10.10 pagi (waktu Malaysia), Tuan Guru Dato Dr. Haron Din pula telah pergi menghadap ilahi akibat kompilasi jantungnya  di Hospital Stanford, California US. Berikut adalah sedikit kronologi dari saat perkhabaran hembusan nafas terakhir Tuan Guru hingga saat beliau dikuburkan di tanah perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore menerusi update laman FB anak-anak beliau sendiri.

















Betullah orang kata kalau sesuatu yang sangat berharga ni kalau hilang, impaknya akan terasa sangat even kita seolah takde kene mengena dengannya. Almarhum TGNA dan TGHD memberi kesan yang sangat besar buat diri ini. Saat tersebarnya perkhabaran tentang kematian mereka, hati sebak dan tersentap hingga tak terungkap dengan kata. Sedih sangat. Dan sebenarnya kesan yang paling besar terasa bila diri ini tak dapat melunaskan hajat di hati yang telah lama terpasang iaitu ingin melawat Almarhum TGNA dulu. Ada sahabat yang sempat melawatnya tapi aku tak. Sedih dan rasa menyesal itu Allah saja yang tahu.

Apapun aku tetap bersyukur kerana aku diberi peluang hidup sezaman dengan mereka ini. Mereka yang telah melaburkan seluruh hidupnya untuk Islam. Dan mereka yang berketurunan orang-orang yang kuat memperjuangkan Islam di tanah air ini. Innalillahi wainna ilaihi raajiun. Moga Tuan Guru ditempatkan bersama golongan para-para nabi, para-para sahabat, para-para syuhada, dan para-para solihin. Salam takziah untuk seluruh keluarga Allahyarham TGHD.

Tempat meninggal : ICU, Hospital Stanford San Francisco, California
Tempat dimandi dan dikafankan : Masjid An Noor, Santa Clara
Tempat disolatkan : Masjid Muslim Community Association
Tempat dikuburkan : Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore

Disaat keluarga Allahyarham menguruskan jenazah di tanah California, di Malaysia berduyun-duyun anak-anak muridnya mahupun seluruh umat islam yang mengerjakan solat jenazah ghaib dan tahlil untuk dihadiahkan kepada Allahyarham.

Tempat : Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Shah Alam (Masjid Negeri)


Ribuan jemaah hadirkan diri untuk memberi penghormatan terakhir dan menunaikan solat jenazah ghaib buat guru yang mereka sayangi, Allahyarham TGHD. Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Farhan Wijaya, Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Kemudian solat jenazah telah disempurnakan dan diimamkan oleh Cucunda Allahyarham iaitu Hakeem bin Hamdi dan doa dibacakan oleh Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang serta tazkirah ringkas seusai solat. Turut hadir bersama ketika itu ialah EXCO Kerajaan negeri, Zaidy Abdul Talib; Dr Ahmad Yunus Hairi; Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pengarah Strategi Parti Amanah Negara, Dr Dzulkefly Ahmad dan Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos. 

Tempat : Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi

Tarikh: 17 Sept 2016 (hari ini)
Masa : Lepas Solat Zuhur

Solat Ghaib ini akan di Imamkan oleh Cucunda TGHD, iaitu Hakeem Hamdi.

Maklumat dari:
Nazir serta Pegawai/AJK
Masjid Al-Hasanah
Bandar Baru Bangi
Selangor DE

Tempat : Dewan Solat Pusat Darussyifa', Bandar Baru Bangi



SOLAT JENAZAH GHAIB
Bagi Almarhum Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
Tarikh: 17 Sep 2016 (Sabtu) - Hari ini
Waktu: Selepas Solat Maghrib

Tempat : Masjidil Haram, Makkah Al-Mukarammah



Solat Jenazah Ghaib untuk Almarhum Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din turut dilaksanakan oleh jemaah di Masjidil Haram, Makkah al Mukarramah yang diimamkan oleh Tuan Guru Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS.

Dan banyak lagi surau-surau dan masjid-masjid seluruh Malaysia yang telah sama-sama menunaikan solat jenazah ghaib buat Allahyarham Tuan Guru Dato Dr Haron Din.

Tak putus-putus juga ucapan takziah dan penghormatan yang diberikan oleh mereka yang mengenali Allahyarham. Antaranya :

Ucapan Takziah dari UKM

UKM mengucapkan takziah kepada keluarga Dato' Dr Haron Din mantan Profesor Fakulti Pengajian Islam UKM yang telah kembali ke rahmatullah pada 16 September 2016 bersamaan 14 Zulhijjah 1437 H. Menjawat Jawatan Profesor pada tahun 1986. Timbalan Dekan 1977-1985. Selepas bersara banyak terlibat kerja-kerja kebajikan dalam bidang perubatan Islam. Menjadi pendakwah bebas.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan soleh. Al-Fatihah.

Ucapan Takziah dari Abd Rahman Ahmad, Pengerusi Darussyifa'

Assalamualaikum. TGUH telah meninggalkan kita buat selama-lamanya. Pertama, saya mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada keluarganya dan meminta agar kita bersama-sama bersatu untuk meneruskan perjuangannya menjadikan rawatan islam unggul di persada dunia. Kita lupakan salah faham di antara kita semua, ahli dan perawat sekiranya ada, dan meneruskan perjuangan ini tanpa ragu-ragu. Saya akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa selepas mesyuarat agong untuk menentukan apakah perkara-perkara yang kita perlu utamakan.

Di antara fokus kita ialah menjadikan Darussyifa' sebagai satu institusi pengajian tinggi dalam bidang rawatan Islam dengan memperkukuhkan Koperasi Darussyifa' dan Yayasan Darussyifa' sebagai penyokong untuk menaikkan Darussyifa'. Saya perlukan sokongan tuan-tuan dan puan-puan untuk menjayakan apa yang prnah disuarakan kepada saya yang mungkin tuan-tuan tidak pernah dengar atau tahu. Kita akan terus berjuang dan mengenepikan halangan-halangan untuk menjadikan rawatan Islam unggul. Sekian buat kali ini.

Ucapan Takziah dari Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Pengerusi Kesatuan Ulama' Sedunia 



Ucapan tersebut dibuat melalui twitter beliau jam 6.18 pagi tadi.

"Allah merahmati al-Shaykh Dr. Haron Din, Murshidul Am Parti Islam Se-Malaysia, kita memohon Allah mengampuninya dan mengangkat darjatnya ke kedudukan yang tertinggi."


Subhanallah. Innalillahi wainna ilaihi raajiun. Al-Fatihah buat Tuan Guru yang kami sayangi.

Wallahualam.

Comments