Sunday, 20 June 2010

Journey To SUKMA XIII Melaka 2010

Assalamualaikum.
(...SUKMA XIII MELAKA!!!...aku datang..aku pulang..)

Untuk post kali ni memang aku khaskan tentang perjalananku ke SUKMA XIII kat Melaka beberape hari lepas.Walaupun baru beberapa hari berlalu terasa seolah-olah semalam jer baru berpisah dengan sahabat-sahabat kontinjen pencak silat selangor. Mungkin disebabkan ukhuwah yang terikat erat dan mungkin jugak terlampau banyak kenangan yang telah dilakar bersama sepanjang kem latihan pusat sehingga SUKMA selesai.

Maybe aku akan kongsi sikit pengalaman aku bersama kontinjen Selangor yang mane masih terpaut erat dalam sanubariku sehingga kini.

Isnin (7/6)

Semua kontinjen pencak silat sukma selangor berhimpun di Pusat Akuatik Darul Ehsan (PADE) dalam lebih kurang jam 10 pagi. Lepas sarapan dan beli sikit makanan ringan untuk alas perut mase dalam bas, kitorang semua bertolak dengan menaiki bas yang disediakan oleh MSN Selangor.

Gambar-gambar sepanjang perjalanan ke Melaka.

..bergambar sebelum bertolak (dak2 Gombak)..

..keletihan..

..kepenatan..kecuali Wan Rimau..

..ZZzzzz~..khusyuk tido..

..oink2 pun tido nyenyak gak mase tuh..hehe..jangan mara cekgu..:)

Alhamdulillah selamat tiba di Melaka dalam jam 200ptg.
Pergi tempat penginapan wanita, cek-in dan hantar barang-barang dorang semua masuk bilik. Pastu disebabkan makanan lunch yang disediakan oleh tuan rumah dah habes, kitorang semua singgah Tesco Melaka untuk lunch dan solat jamak qasar.

Pastu barulah cek-in kat tempat penginapan lelaki iaitu di Kolej Yayasan Melaka.

Selasa (8/6)

Majlis perasmian pembukaan diadakan pada waktu pagi jam 900 pagi yang dirasmikan oleh Datuk Seri Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka merangkap Presiden Pesaka Malaysia.

..Y.A.B Ali Rustam tengah berucap sambil tak diendah oleh kitorang..Haha..nakal betol dak selangor nih..

Sempat jugak bergambar kat bahagian belakang sementara majlis berjalan. Haha. Takde disiplin langsung dak kontinjen Selangor nih. Haha.

..posing..depan2 stage bergambar tu..daring giler..

..semua tak leh duk diam..

..Team Regu Selangor..aik?? ade sesat lak Wan 'Kambing' kat belakang tuh..Huhu..

..Suhail yg kaye dgn aksi mimik mukenyer bersama fit, ali and pejo..

..cube teka yg depan sekali tu 'bro' ke 'sis'??..Hehe..jgn mara..:P

Lepas majlis selesai, perlawanan olahraga bermula pada sesi petang nyer.

Rabu (9/6) - Jumaat (11/6)

Perlawanan Silat Olahraga diteruskan pada sesi pagi dan petang nyer. Manakala pada malamnyer pula diadakan pertandingan silat seni. Untuk malam pertama dijalankan pertandingan bagi Jurus Tunggal dan Ganda. Untuk malam seterusnya dijalankan untuk kategori Solo Bebas dan Regu.

..Ganda Putera Selangor bergambar sebelum masuk gelanggang..

..Ganda Puteri dan Tunggal Puteri Selangor..

..Regu Putera Selangor tengah mempersiapkan diri untuk masuk gelanggang..

Alhamdulillah, group aku (regu putera) dapat buat yang terbaek walaupun tak menang ape-ape pingat. Untuk silat seni, Selangor hanya berjaya menyumbang pingat perak untuk kategori Solo Bebas Putera yang diwakili oleh Saudara Fitrin Ruslee.

Pada hari seterusnya disambung dengan perlawanan silat olahraga untuk ke peringkat suku akhir. Tujuh orang pahlawan Selangor telah berjaya melepasi peringkat suku akhir iaitu Faizul (E-Boy), Haslan, Redzuan (Wan Rimau), Umira, Fawwaz (Bai), Hapizah dan Wanie.


Sabtu (12/6)

Untuk hari ini takde dijalankan ape-ape pertandingan disebabkan pada malamnya dijalankan Majlis Perasmian Pembukaan Sukan Malaysia XIII di Stadium Hang Jebat. Kitorang tiba di Stadium Hang Jebat tu awal dalam lingkungan 5 petang. So, ade la usha-usha sikit barang-barang kat kedai khemah kat bahagian luar stadium. Pastu makan-makan sikit dan lepak sampai maghrib.

..baru sampai Stadium Hang Jebat..

..renung mase depan..Hehe..


Then, baru dorang panggil untuk berhimpun ikut negeri sebelum berarak masuk. Best giler. First tyme berpeluang masuk tv. Siaran langsung la katekan. Sape yang ade tengok perasmian tu menerusi tv mesti dapat tengok muke aku punyer. Haha. Kecoh gilerz.

..bergambar Team Silat Seni bersama Coach Habizan sebelum berarak masuk stadium..

..Team Silat Olahraga bergambar pulak..

..bergambar bersama Bro Razif, kem komanden kontinjen Selangor..

..smart pulak aku mase nih..haha..masuk lif tekan sendiri lak aku nih..

..sukati 'berkelah' tengah2 stadium mase VIP tengah berucap kat depan..haha..:)

..golongan ini lah yg mule 'berkelah' dulu sebelum kitorang..Haha..

Tapi disebabkan esok pagi nyer ade beberapa pesilat kontinjen kitorang kene bertanding, pasukan kitorang amek intiatif balek awal. Terkedek-kedek la kitorang semua keluar senyap-senyap dari tengah stadium mase Y.A.B. Ali Rustam tengah bagi ucapan. Haha.

..bergambar sebelum beransur keluar dari tengah stadium..credit tu Fitrin for diz nice angle pic..

Ahad (13/6) - Selasa (15/6)

Pertandingan Silat Olahraga untuk peringkat suku dan separuh akhir dijalankan. Fuh~ yang aku dan dak-dak seni yang lain jadi tukang sorak jer la. Maklumlah game kitorang dah habes. Alhamdulillah tiga orang pesilat olahraga Selangor berjaya memasuki peringkat akhir. Tetapi hanya sorang berjaya memenangi pingat emas manakala yang selebihnya hanya berjaya merangkul pingat perak. Walau ape pun mereka telah cube yang terbaik. Menang kalah adat pertandingan. Tahniah diucapkan kepada semua.

Terlupe pulak, pade hari Isnin malam ade buat Majlis makan malam di kediaman Ketua Menteri Melaka. Disebabkan majority semua dalam kepenatan and ade jugak pesilat yang akan bertanding pada keesokannya, hanya 8 orang wakil pesilat dari negeri Selangor yang hadir. Itu pun kire better la dari negeri Terengganu dan Pahang yang langsung tak menghantar wakil.

..baru sampai umah Ketua Menteri Melaka..

..hidangan yg disediakan pd malam tu..yumm~..

..bergambar mase Ali Rustam tengah cakap kat depan..

..Hafiz takde keje tutup mate gune garpu..

..raut wajah cipui tergambar perasaan tak sabo nak makan..haha..usop lak takde perasaan..

Pada hari terakhir iaitu Selasa (15/6) sejurus selepas pusingan akhir silat olahraga selesai dijalankan, majlis penutup terus berlangsung.

Sempat kitorang gambar beramai di atas pentas sebelum beransur dari dewan MITC tu.

..bergambar sebelum beredar dari venue pertandingan Pencak Silat Dewan MiTC A..

..bergambar lagi sekali bersama Team Silat Seni pulak..tapi tak sempat posing..Huhu..

Rabu (16/6)

Kontinjen Pencak Silat Selangor bertolak pulang pada jam 1200 tengahari. Untuk pengetahuan due orang dari pesilat selangor berjaya memenangi hadiah 'Cabutan Bertuah' sempena majlis pembukaan hari tu iaitu Fitrin berjaya mendapat satu set peti sejuk manakala Naim berjaya mendapat satu hamper kopi jantan.

..satu set peti sejuk (Fitrin)..tapi orang len lak pegang..Haha..untungla~..

..Naim bersama Kopi Jantan nyer..

Oleh itu, kitorang terpakse singgah Stadium Hang Jebat sebelum bertolak pulang untuk mengambil hadiah-hadiah tersebut. ade jugak yang ambek kesempatan membeli ole-ole untuk kali terakhir sebelum bertolak pulang. Alhamdulillah selamat sampai Pusat Akuatik Darul Ehsan (PADE) jam 600 ptg.

Pulang ke Key-ell

Petang tu jugak aku, anep, usop, fitrin dan nurul ade rancang nak tengok wayang cerite Karate Kid kat Mid Valley. Disebabkan lepas habes tengok wayang kitorang (aku, anep, usop) nak terus pulang ke Gombak, kitorang gerak pergi Mid Valley asing-asing. Fitrin naek moto dengan Nurul dan kitorang pulak naek kereta 'Ferrari' aku. Hehe.

Trafik On the way ke Mid Valley jem giler. Sampai Mid dekat nak masuk maghrib. Naseb bek leh jamaq qasar lagi. Huhu. Sampai jer kat wayang, tengok tiket tayangan Karate Kid untuk pukul 730 punye dah habes. Nak tunggu next tayangan punye pukul 1130 mlm. Adoyai~. Kecewa giler. Last-last atas kata sepakat dari semua pihak, kitorang pun beli tiket cerite 'Kecoh Betol' jer.Huhu.

Sementara tunggu tayangan pukul 810mlm, kitorang pergi cari kedai kasut sebab nak beli sepasang untuk aku. Hehe. First tyme beli kasut yang original. Pastu layan makan Pizza Hut pulak untuk dinner. Yumm~, lame giler tak makan pizza.

..nak beli kasut pun sempat tangkap gambar..naseb bek tak ramai org mase tuh..Huhu..

..Kasut Sukan brand Nike 'ORIGINAL' dari kilang..Haha..harga 3 angka..

..muka tak sabo menunggu hidangan Pizza sampai..

..muke tak leh bla..Haha..

Habes jer makan terus bergegas ke panggung sebab lewat pulak order sampai. Naseb bek mase kitorang sampai cerite tak start lagi. Huhu. Best gaklah cerite walaupun ade lawak bodoh diselitkan. Tayangan habes dalam pukul 1130mlm. Pastu kitorang terus bergerak balek kerumah masing-masing.


p/s: maaflah kalau ade yang tersilap tulis. Sebab kepala otak aku ni pun bukan nyer ingat semua bende. Juz rough writing and kalau ade sesape (pesilat selangor) yang nak betulkan, silakan komen post kali ni. Semoga segala kenangan yang telah kite lakarkan bersame mampu terpahat didalam hati kite semua sentiase. Wallahu'alam.

4 comments:

  1. nazrul, hafiz tu main garpu ke main sudu??...halamaknye pon.

    oo0oo0oo0oo...korg g nengok wayang ea..pttla blk msn mlm tu si dak nurul xde kt sn...

    fitrin da ngidam pizza hut la tu cz mlm b4 tu x dapat bungkus pizza dia.hahaha...

    -k.azie

    ReplyDelete
  2. nazrul, hafiz tu main garpu ke main sudu??...halamaknye pon.

    oo0oo0oo0oo...korg g nengok wayang ea..pttla blk msn mlm tu si dak nurul xde kt sn...

    fitrin da ngidam pizza hut la tu cz mlm b4 tu x dapat bungkus pizza dia.hahaha...

    -k.azie

    ReplyDelete
  3. yela..silap taip lak...haha..

    fitrin la yg nak sgt tengok wyg..saye ikot jer..hehe..

    ReplyDelete
  4. yela..silap taip lak...haha..

    fitrin la yg nak sgt tengok wyg..saye ikot jer..hehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...