Friday, 20 July 2012

SUKMA dan MASUM 2012. Done!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Marhaban ya Ramadhan Kareem. Insyallah. Pabila detik azan Maghrib 20 Julai 2012 berkumandang, secara rasminya kedatangan bulan mulia menjelma. Bulan untuk kita berpuasa penuh sebulan, bulan untuk kita meningkatkan ibadah dan bekalan sebelum menempuhi dunia selepasnya, bulan untuk kita mendidik nafsu kita ke arah kebaikan dan seumpamanya.

Namun kehadiran bulan Ramadhan juga telah menjadi sempadan terakhir buat penglibatan ku dalam dua kejohanan besar tempoh hari. Selesai sudah dua kejohanan berprestij peringkat Malaysia dan peringkat Universiti yakni SUKMA dan MASUM. Alhamdulillah, kedua2 pasukanku berjaya. Berikut adalah pungutan pingat untuk kedua2 kejohanan tersebut :

Sukan Malaysia (SUKMA) Pahang 2012
Team : Selangor
3 Emas
7 Perak
6 Gangsa

Sukan Universiti (MASUM) UTHM 2012
Team : UIAM
2 Emas
1 Perak
2 Gangsa
(merupakan satu2nya sukan yang menyumbang EMAS dalam kejohanan MASUM fasa II)

Syukur walaupun hakikatnya diri ini bukan dalam kalangan mereka2 yang berjaya. Diri ini bukan dalam kalangan yang dikalungkan medal. Namun, hati ini sentiasa percaya walaupun hanya sedikit umpama satu buih dilautan yang luas, sumbangan dan keringat yang ku taburkan merupakan salah satu faktor berjayanya mereka. Tahniah dan syabas!

Sedikit gambar untuk dikongsikan bersama :

SUKAN MALAYSIA (SUKMA) PAHANG 2012

Tunggal Putra (Gangsa)

Solo Kreatif Putra (Perak)

Solo Kreatif Putri & Tunggal Putri (Perak)

Ganda Putra (Emas)

Ganda Putri (Ke-5)

Regu Putra (Perak)

Kategori yang bertanding untuk malam kedua.
(Solo dan Regu)

Kategori yang bertanding untuk malam pertama.
(Tunggal dan Ganda)

Bersama Medalists.

With coaches and medalists.

SUKAN UNIVERSITI MALAYSIA (MASUM) UTHM 2012

After morning light training.

Tunggal UIA (Emas & tempat ke-5)

Ganda Putra UIA (Emas)

Ganda Putri UIA (Gangsa)


Team Ganda UIAM dan UPNM.

Team Regu UIAM, UPNM dan UiTM.



IIUM Mustangs! Wiinnns..

Bersama sahabat2 Regu UPNM.

Regu Campuran UKM, UIAM dan UTM.

Alhamdulillah, banyak kenangan pahit manis bersama mereka. Dan banyak juga yang telah aku pelajari sepanjang memegang amanah sebagai Asisstant Coach Silat Seni Team. Tahniah dan syabas kepada semua. Yang berjaya, teruskan legasi kalian supaya tak dirampas orang. Yang kecundang, mungkin rezeki kalian bukan di sini tapi tak mustahil kejohanan akan datang kalian mampu mengalungkan EMAS dileher masing2. Insyallah.

Sekian untuk kali ini. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...