Seoul Trip 206 - Day 3

Assalamualaikum w.b.t.

Masuk hari ketiga kami bermusafir di bumi Korea. Alhamdulillah. Untuk hari ini kami semua akan dibawa ke salah satu tempat tarikan utama di Korea. Tempat yang pernah menjadi lokasi penggambaran drama popular korea Winter Sonata. Tour guide yang bertugas untuk hari ketiga ini namanya Imran. Pelajar tahun kedua di Hanyang University. Juga merupakan housemate kepada Hisham iaitu tour guide kami di hari pertama kami tiba di sini. Untuk menuju ke Nami Island, kami telah mengambil train line 5 dan turun di Gunja station seterusnya bertukar ke line 7 menuju ke Sangbong station. Dari Sangbong, kami menaiki train ITX Gyeongchun dan turun di Gapyeong station.

Station ini merupakan station utama untuk mereka yang ingin ke Nami Island. Dari station ini, akan ada dua transportasi untuk ke Nami Island iaitu sama ada teksi atau bas. Pada mulanya, perancangan asal kami akan naik teksi untuk ke jeti Nami Island. Tapi disebabkan ada destinasi adhock yang baru dirancang untuk ditambah dalam tentatif kami, terus mereka menukar kepada bas. Untuk berjimat katanya. Destinasi adhock yang dimaksudkan ialah Petite France. Tempat tersebut tiada dalam package kami bermakna kami perlu menggunakan duit sendiri untuk memasukinya. Sebab itu tranportasi kami bertukar dari teksi ke bas untuk berjimat supaya duit lebihan boleh digunakan untuk bayaran masuk Petite France.

bersama tour guide kami, Imran.

aku. aini. wan.

wan. aku. aini. dayah.

berlatar belakangkan Gapyeong Station..

harga tiket bas untuk menuju ke jeti Nami Island 6000 won..

Alhamdulillah. Selamat tiba di Jeti Nami Island. dari sini kami dikehendaki untuk menaiki feri dengan kos 4000 won. Kos kali ini ada termasuk dalam package.

Skyline Zipwire ni merupakan pengangkutan ala flying fox untuk tiba di Nami Island. Kosnya 30,000 won. Agak mahal. Tapi orang kata maybe first and last kalau nak cuba pun.

Punyalah semangat nak beratur beli tiket Skyline Zipwire ni, tetiba katanya kaunter dah ditutup disebabkan penuh sangat. Next akan dibuka balik pukul 1.30 petang. Hampir sejam lebih jugak kalau nak tunggu. Terus cancelkan hajat. 

beratur panjang bersama pelancong-pelancong dan warga tempatan yang turut sama nak menaiki feri ke Nami Island.

Immigration gate. Nami Island ini telah dianggap sebagai republik yang lain. Tiket yang kami beli seolah visa yang membolehkan kami masuk ke wilayah Republic Naminara.

bersesakan untuk beratur menaiki feri.

feri yang boleh memuatkan lebih kurang 200 orang. dan perjalanan untuk tiba di Nami Island mengambil masa lebih kurang setengah jam.

Nami Island

Alhamdulillah. Selamat sudah kami jejakkan kaki di Nami Island. Sebuah pulau yang berbentuk separa bulat. Sedikit coretan sejarah tentang pulau ini. Pulau ini terletak di Chuncheon, Korea Selatan dan terbentuk hasil dari pembinaan Cheongpyeong Dam pada tahun 1944. Dan namanya pula di ambil sempena nama General Nami yang meninggal dunia pada umurnya 28 tahun selepas dituduh sebagai pengkhianat semasa dibawah pemerintahan King Sejo, raja ke-7 dalam susur galur Dinasti Joseon Korea. 

Pemandangan Pulau Nami dari atas. Sumber dari Sheikh Google.

Peta Naminara Republic.

Destinasi pertama kami seusai menjejakkan kaki di sini, kami dibawa ke Asian Food Restaurant Dongmoon untuk pekena Nasi Goncang. Pada mulanya terfikir juga macam mana lah agaknya rupa nasi goncang ni. Cara masaknya goncang atau nak makannya perlu digoncangkan. Sementara menunggu makanan dihidang, kami disajikan dengan segelas air sejuk. Di Korea ini memang di setiap restoran akan dihidangkan air sejuk secara percuma. Dan amat jarang orang sini untuk memesan air 'berperisa' seperti kita di Malaysia. Teh Ais, Teh Tarik, Milo Tabur bagai. Yang menjadi tarikan di sini hanyalah menu makannya. Setelah hampir 20 minit menanti, akhirnya sampai juga order kami. Nasi Goncang bersama sarung tangan getah yang dicatkan. 

semua muka kelaparan menanti Nasi Goncang. Haha.

Ini dia Nasi Goncang yang dimaksudkan. Di dasarnya Kimchi, ditindih dengan nasi putih ala pulut dan di atasnya ada tuna dan telur. Memang sedap hingga menjilat garpu bak ang. Haha.

Tu diaa sarung tangan bercat merah kuning. Rupanya bekas nasi goncang ni memang panas gila. Kalau pakai sarung tangan tu pun dah terasa panasnya, agaknya kalau sentuh guna tangan confirm melecur habis. Kami dikehendaki untuk menggoncang bekas itu hingga kimchi, nasi, tuna dan telur semuanya dah sebati dan bercampur. Barulah dibuka dan makan seperti biasa.

Disebabkan dalam restoran tu dah agak padat, kami hanya makan di bahagian luar. 

Selesai saja makan, kami terus menuju ke Musolla di tingkat dua bangunan restoran yang sama untuk menunaikan solat Jamak Qasar. Agak selesa walaupun ruangnya kecil sikit dan hanya mampu memuatkan dua saf saja. 

Musolla / Prayer Room di tingkat dua Asian Food Restaurant Dongmoon..

Kebetulan selesai saja solat, disebelah musolla tersebut ada pameran Nami Island International Illustration Concours 2015. Dan untuk kategori Purple Island Winners pula ditangga teratas sekali merupakan rakyat Malaysia, Awang Fadilah Ali Husein. Wooww! Bangga kejap. Haha.

Inilah hasil seni air tangan bangsa kita. Tahniah! Betullah orang kata, hanya orang yang berseni saja tahu menilai seni sesuatu benda. Kami tengok sepintas lalu macam biasa je. Haha. No offense. Nampak sangat tak berjiwa seni.

Dan ruangan ini pula penuh dengan nama-nama pelancong dari Malaysia. Tiang yang dibina hasil dari susunan buku-buku. Setiap yang datang pasti tak lepaskan peluang untuk tulis nama sendiri kat sini. 

Alhamdulillah selesai saja solat jamak qasar barulah kami bebas untuk ke mana-mana. Dan tepat jam 4.00 petang kami dikehendaki berhimpun kembali untuk beratur menaiki feri dan keluar dari wilayah Nami Island. Sedikit selingan momen-momen yang sempat dirakamkan sepanjang berada di Nami Island.










Tepat jam 4 petang, kami pun berhimpun kembali di checkpoint pertama kami sampai tadi dan kelihatan barisan pengunjung yang beratur ingin menaiki feri keluar dari pulau ini semakin panjang berjela. Serius. Lebih setengah jam juga nak beratur dan menaiki feri untuk meninggalkan Pulau Nami ini. Memang padat dengan manusia. Sabar je la yang mampu. 


Wangsimni - Dinner at Uncle Restaurant

Our next destination setelah penat berjalan dan shooting gambar-gambar menarik di Nami Island ialah misi mengisi perut. Kebetulan hari semakin gelap. Tugas tour guide kami berakhir setelah matahari terbenam. Maka kami pun berbincang dan memutuskan untuk beliau membawa kami makan di restoran berdekatan dengan tempat penginapan beliau untuk memudahkan beliau terus pulang. Dari Nami Island, kami menaiki bas melewati Petite France dan turun di Cheongpyeong Station. Oh ya. Disebabkan Petite France tutup seawal jam 5.00 petang, kami terpaksa membatalkan hasrat untuk bertandang di sana. Dari Cheonpyeong Station, kami mengambil train dan berhenti di Wangsimni station. Dari situ kami dibawa ke Uncle Restaurant. Katanya restoran ini memang menjadi tarikan pelajar-pelajar Malaysia yang tinggal di kawasan ini.

restorannya terletak dibawah tanah. underground. ini lorong masuknya.

De Uncles!

Muka tak sabar menunggu makanan. 

Ini diaa menu yang dinantikan. tahap pedasnya level 2. ini pun dah berpeluh siap keluar air mata lagi menahan pedas masa makan. Haha.


City Hall - Seoul Lantern Festival 2016

Selesai saja mentekedarah dengan menu pedas level 2 ni, kami semua berpecah ikut haluan masing-masing. Ada yang ingin terus pulang ke hostel, ada yang ingin ke City Hall untuk melihat Lantern Festival dan ada yang ingin ke Yeouinaru. Aku pula memilih untuk ke Lantern Festival. Dari Wangsimni, kami meredahi 7 station untuk berhenti di City Hall. Dan dari situ kami keluar berjalan lebih kurang 10 minit untuk tiba di kawasan festival tersebut. 







Kami hanya mengambil masa lebih kurang setengah jam saja untuk pusing-pusing kawasan ini. Sebab sebenarnya takde apa yang menarik cuma ada patung berlampu yang diapungkan di sepanjang sungai di tengah-tengah bandar Seoul ini. Dan patung-patung atau binaan tersebut banyak relfect kepada sejarah-sejarah bandar Seoul ini. Badan dah terasa penat, kelopak mata mulai berat, terus kami beransur dari tempat itu menuju pulang ke hostel. Done our 3rd day here. Alhamdulillah.

To be continued... 

Comments