Sunday, 18 September 2016

My 1st Solo Backpacking - Surabaya 2016

Assalamualaikum w.b.t.

Surabaya 2016 (27hb ~ 31hb Aug)

Alhamdulillah. Sekian lama nak luangkan masa untuk menulis berkaitan permusafiran aku di negara jiran tempoh hari akhirnya berkesempatan juga hari ini. Walau hanya 4 hari 5 malam tapi aku agak excited sebab akhirnya dapat jugak melunaskan impian mengembara seorang diri. Technically I'm not solo backpacking sebab kebetulan ada seorang sahabat yang memang menginap di Indonesia. Aku ambil peluang untuk menumpang teduh di rumahnya selama beberapa hari untuk merasai suasana hidup di sana. Sebenarnya tak mintak pun, tapi sebab dia ni memang baik hati terus jemput aku menginap di rumahnya selama aku berada di sana. Untuk jimatkan kos katanya. Ok as usual, cerita tanpa gambar adalah sangat membosankan. Maka bermulalah kisah pengembaraan soloku untuk pertama kalinya keluar dari Malaysia seorang diri. :D

Mak dan ayah yang selalu excited hantar anak-anaknya kalau nak pi luar negara. Padahal boleh je naik ERL, tapi mereka lagi suka hantar sendiri lagi-lagi mak yang super-excited. Hehe.

Gate ni sebenarnya ada yang automatik yang boleh scan passport dan terus lepas. Tapi malangnya passport aku tak pernah lepas sejak dari perbaharui passport baru ni. So terpaksalah beratur buat cara manual. Nasib baik kali ini takde orang langsung. Haha.

Beratur sebelum masuk ke dalam flight. Masa ni ada geng hiking semeru penuh beratur kat belakang siap berselfie bagai. Seronok pulak tengok dorang travel beramai bole huha sikit. Haha. Takpe, this time is for my solo time. Who knows, next will be with someone. :P

Nampak seat sebelah tu kosong. Actually that is for my brother's seat. Yes. Aku dan adik aku dah lama planning untuk hiking semeru bersama team Outrex tapi malangnya adikku tak dapat meneruskan hajat tu sebab sibuk dengan kehidupan barunya sebagai suami dan ayah. Thats why aku tukarkan misi hiking semeru ke solo backpacking to Surabaya. Reasonnya? Pertama, kondisi fizikal yang langsung tak ready. Ada potensi untuk ijurd kalau dipush. Keduanya, faktor kewangan yang mana aku rasa aku mampu berjimat lebih kalau solo backpack berbanding bayar package untuk hiking semeru. Apapun I guest I made my decision well enough. 

Sebenarnya sejak aku ada pasang matlamat untuk jadi traveller or backpacker ni, aku gemar untuk baca buku-buku travelog. Setakat ini boleh kata lebih 10 ke 20 buah buku aku dah beli dan ade tinggal sebahagian kecil saja belum dikhatamkan lagi. Dan entah kenapa eager sangat aku nak menulis satu buku berkaitan pengembaraan aku satu hari nanti seperti mana buku-buku travelog tanah air yang hebat-hebat kat luar sana. They are my inspiration. Dan setiap kali aku travel, aku akan pastikan aku bawa satu buku untuk di baca masa lapang especially bila dalam flight. Flight aku berlepas kurang lebih jam 7.11pm dari KLIA2 dengan penerbangan AK362 melalui pintu gate L18.

Alhamdulillah selamat tiba di Juanda International Airport Surabaya pada jam 8.50pm dan disambut oleh sahabatku Ribud Hariyanto. Ribud ni sebenarnya staff aku masa aku berkhidmat di APM Climate Control sebagai QA Engineer dulu (sekarang sbg R&D Engineer di APM Engineering & Reearch). Dia ni sebagai QA Inspector. One thing yang aku respek Ribud ni dia ni cepat 'pick up'. Walau pelajarannya tak tinggi infact sekolah menengah pun tak berjaya ditamatkannya tapi segala apa benda baru yang diajar masa dia berkhidmat di APM dulu semua senang dia pelajari dan 'tangkap'. Dan lagi satu perkara aku respek dia ni, setiap kali hujung bulan gaji masuk, the first thing dia buat mesti pergi bank in kan portion gajinya untuk family dia di Surabaya.

Setibanya aku di sini, dia khabarkan TRAVEL akan datang pick up kami lebih kurang jam 2.30am. Ok. Ada 5 jam terpaksa duduk di airport. Disebabkan perut dah mula berkeroncong, kami berlegar-legar sekitar airport untuk cari makanan, tapi kedainya semuanya dah tutup. Al-maklum di sini jam 10 malam ibarat 12 pagi di Malaysia. Sebab di sini Subuhnya seawal jam 430 pagi. Nasib baik Ribud ada bungkuskan dari rumahnya roti dan kacang untuk alas perut. Lepas agak-agak teralas perut ni dan terasa mengantuk, terus kami melelapkan diri seketika di dalam surau.

Tepat jam 2.15am kami bangun dan mengambil peluang solat dua rakaat sebelum bergerak keluar untuk menunggu TRAVEL di bahagian menunggu teksi. TRAVEL ni sebenarnya kenderaan awam ibarat mini bas yang boleh memenuhkan lebih kurang 14 orang penumpang di dalamnya. Dan travel mobil yang aku naiki ni merupakan travel yang biasa RIbud naiki bila pulang ke sini dari Malaysia sewaktu kerja di APM dulu. Rutinnya akan bertolak dari Jember sekitar jam 10.00pm dan akan tiba di Airport jam 2.30am untuk menghantar mereka yang duduk pedalaman Jember untuk ke Airport setiap hari. Dan akan bergerak pulang dari Airport sekitar jam 2.30am dan tiba di Jember sekitar jam 630am. Itulah trip kami yang mana pada awal pagi tu hanya kami berdua saja penumpangnya. Kata Ribud memang normal penumpang ke airport akan penuh tapi penumpang untuk pulang ke Jember hanya beberapa kerat saja. Kos trip adalah sebanyak IDR100,000 untuk satu kepala. 

Muka excited bila matahari dah mula naik lebih kurang jam 530am. Almaklum masa sebelah malamnya tak nampak apa-apa. Tapi nak kata pemandangan sekeliling masa tu agak biasa je, sawah dan pekampungan di sebelah kiri dan kanan. Ada la nampak suasana ala-ala jelapang padi di Kedah.

Disebabkan rumah Ribud ni agak pedalaman dan memang bukan menjadi laluan travel mobil tu, kami hanya berhenti di tepi jalan utama dan menaiki moto untuk masuk ke dalam kawasan perkampungan Ribud. Ini lah rumah Ribud yang mana mengadap tanaman-tanaman tebu yang menjadi salah satu sumber rezeki kawasan perkampungan tersebut. Dan keluarga Ribud pula hanya berniaga menjual itik. Ada berpuluh itik dalam kandang di sebelah rumahnya. Bising itik tu jangan nak dikata hadap sajalah. Orang kata pengalaman rasa suasana kehidupan orang lain kan.

Di sebelah petangnya sekitar jam 2.30pm, berpeluang untuk bersiar-siar sekitar pekan Tanggul, Jember dengan menaiki moto milik bapaknya. Hajatnya untuk mencari simkad dan head lamp untuk mendaki Kawah Ijen di sebelah malamnya. Alhamdulillah harga simkadnya IDR75,000 (4GB Data) + IDR10,000 topup incase nak buat call out nanti. Dan headlampnya pula berharga IDR47,000. Selebihnya beli kudap-kudap untuk sepanjang pendakian nanti.

Hidangan Mie Ayam bersama Teh Ais sebagai minum petang kami. Kat sini takkan jumpa Teh Ais (dengan susu) macam kat Malaysia. Dan tehnya pula rasa agak lain sikit berbanding teh O di Malaysia. Ambil masa jugak nak menyesuaikan lidah dengan minuman di sini. Hehe.

Ini lah kedainya. Kedai tepi jalan dan mejanya siap boleh berkongsi asal ade ruang duduk saja walaupun mengadap orang lain yang tengah makan dengan pasangan sebelahnya. Bagi aku agak awkward bila makan mengadap orang asing. Tapi bagi mereka normal mungkin. Haha.

Sebelum pulang singgah beli buah errr.. Tak ingat pulak nama buah ni. Dah pernah makan masa kat APM dulu. Nanti aku cari balik namanya ok? Haha. Rajin betul member aku ni bawak aku pusing kampung. Thanks bro!

Lebih kurang jam 10 malam kami mula bertolak dari rumah Ribud ke Ijen Crater Base Camp dengan menaiki kereta Toyota Avanza dengan driver yang telah dibayar sebanyak IDR600,000 kesemuanya termasuk duit minyak sepanjang perjalanan kami ke Ijen Crater dan Pantai Pasir Puteh di Probolinggo pergi dan pulang. Nampak mahal? Yes sebab perjalanannya mengambil masa 4 jam lebih untuk tiba di destinasi. Dan nak naik ke base camp pun kene melepasi pendakian jalan berbatu dan berpasir (hutan) sejauh lebih kurang 30km dan kene melepasi 3 pondok pengawal untuk register. Alhamdulillah selamat tiba di base camp sekitar jam 2.30am. Kebetulan mak bapak ribud ada menyediakan bekalan teh panas, terus kami membasahkan tekak dan alas perut sikit sebelum memulakan pendakian. Kami mulakan pendakian sekitar jam menghampiri pukul 3.00am dengan bayaran pendaftarannya sebanyak IDR5,000. Nasib baik ada kawan berbangsa Indonesia dapat harga local. Dengarnya kalau pelancong asing dikenakan harga yang agak tinggi. Maka ketika itu nasihat member aku, aku diwajibkan untuk diamkan diri sepanjang dia menyettlekan perihal pendaftaran. Haha.

Alhamdulillah. Berjaya tiba di puncak ketika Subuh hampir melabuhkan tirainya. Sempat mendirikan solat subuh di puncak Ijen. Dan meneruskan perjalanan pusing kawah ijen tersebut hingga dipenghujungnya. Subhanallah. Cantik sangat pemandangannya. 





Semasa sibuk tengah tangkap gambar, kebetulan ada tourist berbangsa german sapa aku untuk membantunya menangkap gambar. Al-maklum, itulah adat solo backpackers kalau nak dapat gambar yang view lawa dengan kita turut berada di dalamnya. Sempat bersembang dengannya, katanya dia tengah buat solo travel around ASEAN. His next trip is going to Malaysia on Sept 15. Semangat dia bila dengar aku dari Malaysia. Haha. Apepun tak sempat nak sembang lama sampai nama dan nombor telefon pun tak sempat nak ambil. Apepun nice to meet you bro.

Nampak tak yang berasap kat belakang tu? Tu nama dia belerang. Itupun kalau ada yang tak tahu la. Haha. Di sini, antara mata pencarian penduduk sini ialah untuk jadi pengangkut belerang untuk di bawa keluar dari gunung ni. 

Ni dia pondok untuk daftar naik. Sebelah malamnya memang harapan la nak snap gambar. Takut benda lain yang nampak. Haha.

Pintu Gerbang masuk Taman Wisata Alam Kawah Ijen. 

Alhamdulillah selesai dari mendaki Kawah Ijen, terus mencari santapan tengahari untuk mengisi kekosongan perut dan ketandusan tenaga yang telah digunakan sepenuhnya untuk mendaki dan turun dari Kawah Ijen. Seterusnya kami dropby Pantai Pasir Puteh di Probolinggo untuk merasai angin pantai. Hampir terlupa, bayaran untuk masuk ke kawasan ini ialah IDR10,000 satu kepala. 

As usual bila ternampak benda alah ni tepi pantai confirm tak lepas untuk bergambar sekali. Haha.

Antara suasana yang ku gemari, duduk tepi pantai pejam mata dan dengar alunan ombak dan deruan angin laut yang bersipu-sipu. Sangat menenangkan. 

Sempat singgah di Masjid As-Taqwa untuk tunaikan Solat Jama' Qasar semasa dalam perjalanan pulang ke rumah Ribud.

Keesokan harinya misi pengembaraanku diteruskan lagi dengan aktiviti renang. Renang? Haha. Tak sangka rupanya Ribud ni suka berenang. Dia semangat bawa aku ke Wisata Alam Pemandian Patemon lebih kurang 15 minit dari rumahnya. Tempat ini ala-ala Komplek Akuatik Shah Alam la. Tapi takde lah grand macam kat Shah Alam. Kebetulan masa tiba tu, kolam renang utama (dalam) dipenuhi oleh pasukan tentara yang sedang berlatih apungan badan selama 5 minit. Berapa set aku tak pasti. Yang aku pasti dua orang terpaksa keluar sebab kaki cramp. Habis satu kolam renang warna hijau disebabkan baju tentera yang mereka pakai.

Selesai merenangkan diri yang tak sampai sejam, terus bergerak singgah di Masjid Besar Darul Muttaqin Tanggul untuk menunaikan solat Jama' Qasar. Sebenarnya memang hajat pengembaraan aku di mana-mana sahaja untuk melawat masjid yang berada di situ. Saja untuk melihat budaya islam di sana dan seni bina dalam masjidnya. 

Singgah makan tengahari sekejap.. Sekali lagi aku terlupa apa ke nama menu ni. Aduhai rasa stress pulak bila blur tetiba bila tengah shok menulis. Haha. Apepun sedap dan rasa teh dia pun dah sebati dengan lidah aku. Alhamdulillah.

Selesai sudah menjelajah di tanah sekitar Jember dan Ijen Crater selama 2 hari 3 malam. Dan sebelah malam terakhir aku mula berangkat ke Juanda International Airport. Hajatnya untuk simpan barang di sana dan berjalan-jalan di sekitar pekan Surabaya ni. Al-maklum, sampai Surabaya, takkan hanya menjelajah wilayah Jember sahaja kan. Maka, as usual trip travel malam tu bertolak dari Jember sekitar jam 11.00pm dan singgah di Warung Puji di pertengahan jalan untuk mengalas perut bagi yang lapar dan pergi ke toilet. Aku pula hanya membasahi tekak dengan teh aisnya saja.

Tiba di Airport sekitar jam 3.30am terus menuju ke surau untuk tunaikan solat Jama' Qasar Magrib-Isyak. Anyway, kos trip travel kali ini IDR110,000. Lebih IDR10,000 saja dari hari pertama tu. Selesai solat, aku terus menuju ke dalam airport untuk mencari ruangan simpanan barang. Malangnya airport ini tak disediakan ruangan simpanan barang dan kata pegawai yang bertugas di situ, ruangan bagasinya ada di airport terminal 1 (airport sebelah). Kebetulan Subuh dah masuk, aku terus menunaikan Solat Subuh berjemaah dan singgah di Food Court untuk sarapan sementara merancang perjalanan aktiviti sepanjang sehari aku di sini (sementara menunggu flight pulang jam 9.00pm). Entah kenapa nak merasa hidangan burger pulak awal-awal pagi. Redah aje. Haha. Selesai saja makan aku terus mencari teksi untuk ke terminal 1 dengan harapan dapat menyimpan beg 10kg aku ni supaya memudahkan pergerakan aku untuk berjalan sekitar pekan sepanjang hari ini. Malangnya ruangan simpanan barangnya tetap tiada di terminal 1. last resort, terpaksalah aku mengangkut bebanan 10kg ini bersama dalam aku mengharungi sehari menjelajah sekitar pekan Surabaya ini.

Maka bermulalah pengembaraan soloku meredahi pekan-pekan di sekitar Surabaya ini bersama muatan seberat 10kg. Destinasi-destinasi yang sempat aku cover ialah :

1. Masjid Nasional Al-Akbar Surabaya




2. Pasar Turi

(.. tak sempat nak bergambar sebab sibuk cari ole-ole tapi semuanya tak capai KPI untuk dibeli. Haha..)

3. Tugu Pahlawan




4. Masjid Ampel Denta & Makam Sunan Ampel







5. Museum Sepuluh Nopember


6. Kebun Binatang Surabaya (Zoo)


Alhamdulillah.. Selesai sudah menjelajah seharian di pekan Surabaya. Masa ni jam menunjukkan pukul 7.30pm. Ade sejam lebih lagi untuk boarding time. Aku mengambil peluang untuk merasai hidangan makan malam nasi ayam penyet asli dari tanah Indonesia. Sedap hingga menjilat jari. Tapi terlebih pedas pulak rasanya. Haha. Anyway, meet my driver for today's trip Mas Dedik. Really friendly and very informative person. Banyak juga dapat sharing knowlege dan sejarah awal di Surabaya dengan dia sepanjang trip ni. 

Tepat jam 8.00pm aku tiba di airport dan terus menuju ke surau untuk menunaikan solat Jama' Qasar untuk kali terakhir sebelm berangkat pulang ke KL. Seusai solat terus menuju ke dewan menunggu (Departure Hall) dan tiba-tiba beg aku tak dapat melepasi halangan terakhir sebelum tiba di balai menunggu. Berat begku ditimbang dan lebih 4kg dari sepatutnya iaitu 7kg saja yang dibenarkan untuk dibawa naik ke dalam pesawat. Berat begku 11kg. Aduhai. Tapi aku dah dapat rasa sebenarnya something will happen. Sebab tu agak awal setengah jam aku naik ke balai menunggu. Dan aku diminta untuk membeli luggage extra untuk di bawa masuk ke bawah pesawat. Malangnya kewangan pula tak mencukupi untuk membeli luggage yang memerlukan IDR350,000 bersamaan RM110 lebih kurang. Mereka meminta aku untuk cuba menggunakan ATM kad untuk keluar duit namun tetap gagal disebabkan aku tak register kad ATM untuk dipakai di luar negara. Fikir punya fikir akhirnya mereka lepaskan aku juga. Dan mereka nasihatkan supaya lain kali pastikan untuk bersiap sedia membeli luggage untuk pulang kerana hanya undang-undang berat maximum hand carry ini tak berapa nak dikuat kuasakan oleh pegawai di KLIA tapi di airport luar negara majoritinya berkuat kuasa. Sebagai langkah berjaga-jaga untuk aku for my next trip. Pengalaman yang tak dapat aku lupakan. Haha. Dan kebetulan juga flight ku tiba agak lewat menyebabkan delay hampir sejam lebih dari masa yang sepatutnya. Menyebabkan aku tiba di KLIA2 jam 1.30am dan sangat mengantuk. Esoknya pula akan ke office bekerja seperti biasa. Fuh!

Apepun alhamdulillah. Perjalanan dan pengalaman yang tak dapat aku lupakan. Syukur perjalanan dipermudahkan sepanjang aku berada di sana dan pergi pulang aku dalam keadaan selamat. 

p/s: Siksa jugak rupanya nak habiskan post ni. Panjang bebenor sampai terpaksa mengabaikan gambar-gambar yang cantik kerana rasa terlampau berjela post kali ini. Haha. Siapa yang BACA sampai habis memang aku respek gila! Anyway such a nice experience being in a foreign country 'alone'.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...