Seoul Trip 2016 - Day 2

Assalamualaikum w.b.t.

Sambungan dari post sebelum ini. Siri permusafiranku di bumi Korea.

Untuk hari kedua kami berada di Korea, seawal jam 5.30 pagi kami sudah bangkit untuk menunaikan solat Subuh dan terus rebah kembali hingga alarm handphone ku berbunyi tepat jam 7.30 pagi. Kami bangun dan bersiap-siap. Namun masih tiada makluman apa-apa tentang waktu yang sepatutnya kami berkumpul di bawah. Tambahan pula, diberitahu sarapan setiap hari akan disediakan oleh pihak Jom Travel. Tertunggu juga aku dibuatnya. Perut dah lapar tapi respon takde seorang pun yang balas bila ditanya di dalam group whatsapp kami. Sedar-sedar jam 8.30 pagi semua dah berhimpun di bawah menunggu kami yang masih tertunggu info dari dalam bilik. Aduhai. Rasa stress pula bila takde komunikasi yang jelas tentang setiap pergerakan di sini. Terus ganggu mood aku di hari kedua di sini. Dapat tahu pula sarapan telahpun disediakan berbekalkan roti di ruangan dapur hostel. Tapi haram seorang pun tak khabar di dalam group. Sedar-sedar sudah habis rotinya. Alahai. Bertambah stress aku dibuatnya. Perkara paling penting bila aku travel adalah sarapan pagi sebelum keluar memulakan pengembaraan. Tapi kali ini memang agak terganggu emosi aku gara-gara pengurusan dan komunikasi yang sangat teruk. Namun, aku cuba untuk pendamkan sedalam mungkin perasaan itu dan cuba bertindak positif untuk mengembalikan mood travelling aku.

Untuk hari kedua kami di sini, tour guide bertugas ialah Anas. Juga seorang pelajar Hanyang Universiti, Korea. Merupakan senior satu semester awal dari Hisham. Umurnya sama. Jadi untuk hari kedua ini, kami telah dibawa ke Namsan Seoul Tower, Namdaemun Market dan Myeongdong.

Namsan Seoul Tower
Untuk ke Namsan Seoul Tower, dari Dongdaemun History & Culture Park Station kami mengambil train dan berhenti di Myeongdong Station iaitu selang dua station saja. Dari situ kami keluar melalui exit 4 dan menuju ke station bas berhampiran untuk menaiki bas no. 05 berwarna hijau menuju ke Namsan Seoul Tower. Kami melewati  lebih dari 11 bus stop sebelum tiba di Namsan Seoul Tower. Nasib baik dapat seat. Ada juga yang sempat terlelap sementara menunggu bas tiba di destinasinya. Aku pula sempat mengunyah bekalan snickers yang dibawa disebabkan perut tersangat lapar. Setibanya kami di Namsan Seoul Tower, kami dilepaskan untuk berjalan-jalan sekitar tower tersebut dan dikehendaki untuk berhimpun kembali jam 12.00 tengahari di bus stop tadi.

sementara menunggu bas, ayuh berselfie!

bas no. 05 tiba terus kami beratur masuk. bayaran semuanya disettlekan oleh tour guide kami. kami hanya diberikan kad persis touch n go untuk scan. kad tersebut telahpun dibayar. turun dan naik kami dikehendaki untuk scan kad tersebut.

perjalanan dari Myeongdong bus stop menuju ke Namsan Seoul Tower, the last stop. 

bersama tour guide kami, Anas berlatar belakangkan Namsan Seoul Tower.

Untuk sampai ke pekarangan tower tersebut, kami dikehendaki untuk 'mendaki' jalan berbukit disebabkan lokasi tower tersebut berada di kawasan tanah tinggi. mengah juga dibuatnya. al-maklum lama tak bersenam dan berpeluh.

alhamdulillah, tiba sudah kami di perkarangan Namsan Seoul Tower. Nak naik ke atas kena bayar 9,000 won untuk ke observatory deck. Tapi disebabkan kata tour guide tersebut di atas sana takde apa-apa yang menarik, kami terus batalkan niat. 

Di sini juga terkenal dengan pagarnya yang penuh dengan kunci mangga (lock). dan tempat ini juga lazimnya dijadikan tempat untuk pasangan kekasih bergambar bersama terutama di kerusi 'patah' yang terletak di kawasan tersebut.

bersama my travel buddies. Hidayah. Aini dan Shazwan.

kami bersama gadis korea. 

mereka bersama jejaka korea pula.

yeah! berpeluang menyarung pakaian tradisi masyarakat korea. sebenarnya pakaian kami (aku dan wan) adalah uniform untuk pengawal (guard) di sana.

wachaaa! segan segan pulak wan nak bukak langkah. Haha.

kentang cucuk. bila perut lapar, semua benda jadi sedap.


Namdaemun Market
Destinasi seterusnya ialah Namdaemun Market. Salah satu tempat tumpuan untuk pelancong datang membeli belah dan memborong. Di sini sangat banyak kedai yang berpatutan harga jualannya. Dan untuk mendapatkan T-Shirt Korea boleh di dapati di sini dengan harga serendah 10000 won untuk 3 helai. Sangat murah. Dari Namsan Seoul Tower, kami menaiki bas 05 dan berhenti di Namdaemun Market bus stop. Stop pertama kami setelah tiba di Namdaemun ialah kedai makan. Perut masing-masing dah berkicau bak burung yang kehilangan anaknya. Nama kedainya aku pun tak pasti. Tapi yang pastinya menu lunch kami ialah nasi putih bersama kimchi tofu. Boleh tahan sedap. Selesai saja makan, kami diberi masa lebih kurang 40 minit untuk membeli belah di sekitar Namdaemun dan dikehendaki kembali ke checkpoint yang telah dijanjikan tepat jam 2.30 petang. 

muka kelaparan menunggu untuk mengambil order. 

meja sebelah. 

kenyang perut baru bertenaga nak membeli belah. lets!

borong key chain, fridge magnet dan bendera korea di sini. baik hati betul uncle ni siap bagi kami free vitagen sorang satu. 

bukan seorang shopper tegar. memang beli sekadar yang mampu dan perlu. jom ke tempat seterusnya! haha.

check point untuk berkumpul sebelum bergerak menuju ke Myeongdong.

Myeong dong
Untuk ke Myeongdong pula, kami hanya berjalan kaki saja disebabkan lokasinya terletak tak jauh dari Namdaemun. Kalau berdasarkan map yang tertampal dalam bas tadi, bus stop untuk Myeongdong dan Namdaemun Market hanya bersebelahan saja. Dikhabarkan Myeongdong merupakan tempat lepak anak muda yang paling best di Korea. Dan disini juga tempat tarikan untuk mereka yang sangat meminati barang kosmetik kerana di sini terletaknya banyak kedai kosmetik berjenama Korea. Setibanya kami di Myeongdong sekitar jam 4.00 petang, kami dibawa oleh tour guide untuk menunaikan solat Jamak Qasar di Uniqlo. Bila berada di negara bukan Islam ini antara tempat sasaran untuk dijadikan ruangan solat yang selesa adalah di dalam Fitting Room dan di kawasan tangga yang jarang digunakan orang ramai. Maka kami memilih untuk menggunakan Fitting Room. Mengambil wudhuk di tandas dan terus memilih beberapa helai seluar untuk dijadikan modal menggunakan Fitting Room. Selesai saja solat, kami dilepaskan untuk bebas berlegar di sekitar kawasan Myeongdong dan dikehendaki berhimpun kembali di tempat yang telah dijanjikan tepat jam 6.00 petang. Disebabkan aku dan wan are not a 'shopping' people, kami sudahpun mempunyai misi di sini iaitu mencari topi (untuk kami) dan kain cotton (untuk emak wan). Tapi hanya topi saja dijumpai. Setelah habis berlegar di semua lorong berkedai di sini, kami terus menuju ke McD untuk hilangkan kehausan dan meredakan otot kaki yang kian menegang.

checkpoint yang telah dijanjikan sbg tampat kami berhimpun sebelum bergerak pulang ke hostel. depan bangunan Uniqlo.

Di depan bangunan Uniqlo tempat kami beramai-beramai menyerbu untuk solat.

di depan bangunan Royal Hotel Seoul. 

kedai topi. di sini golongan di hujung usia pun minat topi. pilih topi dah macam pilih tudung untuk golongan 'nenek' kat sini. serius. Haha.

Dongdaemun Market
Setelah selesai bershopping di Myeongdong, kami pun bergerak pulang ke hostel. Dari Myeongdong kami hanya perlu mengambil train line 4 (warna biru) untuk berhenti di Dongdaemun History & Culture Park station dan terus berjalan kembali ke hostel. Tiba saja di hostel terus rebah di atas katil sambil handphone terdakap erat di tangan kanan. Online untuk mengupdate isu semasa di Malaysia, upload gambar di Instagram dan akhirnya terlelap disebabkan terlalu letih seharian berjalan. Namun, disebabkan Hidayah dan Aini agak semangat untuk berjalan-jalan di sekitar Dongdaewun Market malam itu juga, aku gagahkan diri untuk bangkit walau badan terasa lesu dan letih. Al-maklum, semalam membantu Hisham untuk membeli dinner di pekan Dongdaemun, maka malam itu aku pula sebagai tour guide membawa mereka bersiar-siar sekitar Dongdaemun. Haha. Hampir terlupa, untuk perkhidmatan tour guide dari Jom Travel, mereka hanya bertugas dari pagi sampai ke petang saja. Untuk sesi malam, aktiviti bebas untuk ke mana-mana atas perancangan sendiri. Dongdaemun Market merupakan tempat shopping fesyen yang terbesar di Seoul. Terletak betul-betul bersebelahan bangunan Dongdaemun History & Culture Park. Ada satu mall di sini yang buka hingga ke 5 pagi. Dan ada juga beberapa kedai yang buka hingga ke 2, 3 pagi. Memang kawasan ini menjadi tumpuan untuk mereka yang tak boleh tidur malam.

peta yang menjadi rujukan kami untuk menuju ke Dongdaemun dari hostel. Snap di Dongdaemun History & Culture Park station.

makan malam kami. hanya beli 'satay' sotong saja di sekitar Dongdaemun.

berlatar belakangkan bangunan utama Dongdaemun History & Culture Park. Sangat cantik seni binanya persis UFO dari bentuk luarannya. 

bersandarkan giant luggage.

berjalan di sekitar Dongdaemun market.

bila dah penat berjalan, tapi rasa sayang nak balik hostel sebab bukan selalu ada kat sini. haha.

pemandangan malam di pekan Dongdaemun.

Lepak di cafe untuk merehatkan kaki.

Setelah lenguh pusing-pusing di sekitar Dongdaemun, kami pun singgah di Cafe untuk merehatkan kaki, menghilangkan kehausan dan mencari sumber wifi. Sebenarnya targetnya nak mencari McD disebabkan kami masih belum dinner lagi. Tapi lokasi McD tersangat jauh dan mungkin memerlukan kami berjalan lebih setengah jam, kami terus membatalkan niat. Kami bergerak pulang ke hostel dan singgah di E Mart untuk membeli Mee Cup dan 7-Eleven untuk membeli coklat milk kegemaran.

Selesai sudah aktiviti kami di hari kedua kami di Seoul. Alhamdulillah. Agak padat tapi memang itu yang kami jangkakan disebabkan hanya tiga hari saja kami berpeluang untuk menjelajah tanah Seoul ini. Anyway thanks to our second day tour guide, Anas. Till we meet again. To be continued..

Wallahualam.

Comments