Tuesday, 4 October 2016

Kembara Dubai 2014 | Part II : Al-Ain

Assalamualaikum w.b.t.

Dalam pengembaraanku bersama kakakku merantau beribu batu jauh dari rumah semata-mata untuk mencari pengalaman di negara orang. Dubai. Negara yang tak asing dari pemodenan yang sangat pesat. Dahulunya hanya perkampungan nelayan tapi sekarang sudah menjadikan sektor pelancongannya sebagai sumber pendapat utama negaranya. Wajar dijadikan contoh ikutan dari sudut permodenannya.

Tulisan kali ini adalah sambungan dari kisah yang telah ku catitkan pada bulan Julai tahun lalu berkaitan permusafiranku di bumi Arab. Rujuk post [SINI]. Cuma kali ini penekananku terhadap misi penjelajahan kami di bumi Al-Ain yang mana merupakan salah satu wilayah dalam United Arab Emirates (UAE). Permusafiran kali ini bersama dengan abangku dan isterinya. Syukur juga sebenarnya bila ada abang yang masih bekerja di sini. Sebab katanya ikutkan kalau nak merasa semua yang ada di sini (Dubai) memang susah kalau hanya berbekalkan fulus yang sedikit. Dan aku ketika itu pula sedang menganggur. Baru habis belajar dan sementara tunggu offer kerja dari syarikat yang aku interview.

Sempat kami melawat beberapa tempat sepanjang sehari kami bermusafir di wilayah Al-Ain. By the way, kenderaan rasmi kami hari itu ialah Mercedes Benz C200 milik abangku. Kereta second hand tapi kilometernya baru beberapa puluh ribu. Kata abangku, harga keretanya lebih kurang harga Myvi di Malaysia. Agak terkejut aku dengar. Tapi bila kereta tersebut dibawa masuk ke Malaysia, mungkin kosnya akan meningkat mendadak kerana taxnya agak tinggi. Tambahan nak kena tukar LHD ke RHD. Ok. Itu pasal kereta. Haha. Now lets proceed to our journey. Berikut adalah tempat yang kami sempat lawati.

1) Al-Ain Palace Museum
















2) Al-Ain Oasis






3) Green Mubazzarrah






4) Jebel Hafeet












5) Al-Ain Zoo






Subhanallah. Rindu sangat momen masa tu. Rasa macam nak ke sana buat kali kedua. Al-maklum, masa itu baru pertama kali merasai dunia travelling. First time keluar negara tanpa keluarga di sisi. Hanya kami berdua dan aku pula sebagai lelaki harus memastikan keselamatan kami sentiasa terjaga. Nervous itu ada la sikit. Dah kata first time. Tapi pengalaman ini jugak antara pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Hajat sebenarnya nak cerita satu persatu. Tapi dek kelihatan post yang semakin memanjang diselang seli pula dengan berpuluh gambar, rasanya cukup sekadar gambar berbicara. Cukup untuk kembalikan balik nostalgia aku bermusafir bersama kakakku pada bulan September 2014 selama 3 minggu di Dubai. Menumpang teduh rumah abangku di sana sambil merangka perjalanan dan lawatan kami sepanjang berada di sana. Untuk episod kami mengunjungi salah sebuah tempat tarikan di wilayah Abu Dhabi iaitu Ferrari World, boleh rujuk [SINI]. Untuk lawatan di tempat-tempat menarik yang lain seperti Burj Khalifa, Palm Jumeirah, Dubai Mall dan lain-lain insyaAllah akan dikongsikan di post lain.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...