Kembara Dubai 2014 | Part I

[Post Tertunda : Kembara Dubai 2014]

Alhamdulillah. Genap 10 bulan sudah aku meninggalkan bumi Dubai. Pengalaman pertama aku bermusafir bersama kakakku ke luar negara tanpa keluarga di sisi semasa pergi dan pulang. Pengembaraan yang telah lama dirancang oleh kami tiga beradik namun ada saja halangan bila nak dilaksanakan. Alhamdulillah, walaupun tanpa adikku, perancangan ini terlaksana jua. Maka, kembaralah kami dua beradik menaiki pesawat MAS ke sana pada tanggal 9th September 2014.

Pengembaraan kami ke sana selama 3 minggu di bumi Dubai disambut oleh abangku yang telah bermastautin selama hampir 3 tahun di sana. Segala makan minum dan lawatan di sana semuanya disponsor oleh abangku, hanya duit tiket flight dan ole-ole saja yang kami guna duit sendiri. Syukur sangat dipermudahkan dalam urusan kewangan. Al-maklum, first time melawat tempat orang. Excitednya lain macam. Terasa setiap ketika dan waktu nak snap gambar menerusi handphone dan GoPro. Sangat merindui saat itu namun semakin lama aku sudah meninggalkan tanah Dubai, semakin malap ingatan semasa berada di sana. Jelas di sini aku mesti dan wajib menulis juga serba sedikit pengalaman aku semasa berada di sana. Dan post ini merupakan post yang tertunda sekian lamanya. Harap ingatanku masih utuh untuk ku coretkan menerusi tulisan di laman ini. InsyaAllah.

Ketibaan kami berdua di Dubai International Airport pada 9th September 2014

Alhamdulillah selamat jejakkan kaki di bumi Dubai. Jejaknya kaki kami di sana di sambut dengan udara yang bahang, panas dan kering. Dubai ketika itu adalah musim panas. Dan musim panas di sana sangat terasa bahang panasnya walaupun pada waktu malam. Dan kami terus mengangkut bagasi kami dan menuju ke pintu keluar untuk mencari kelibat abangku bersama isterinya. 

penat 7 jam dalam flight masih terasa tapi excited dalam hati tu Allah saja yang tahu

Ni muka eksaited first time merasa naik kereta Mercedes

Entah kenapa tetiba destinasi pertama kami abangku bawa ke IKEA di sini

dapat juga merasa meat ball setelah sekian lama tak pekena

Seusai shopping dan dinner di IKEA terus kami dibawa pulang dengan menaiki kereta abangku, Mercedes C200. Best jugak naik kereta mewah ni. Tekan minyak sedar-sedar meter dah naik 100 lebih. Nasib baik kat sini tak ramai yang berani speeding. Kat Dubai ni normal kalau drive tetibe sebelah ada kereta porsche ke, ferrari ke, lamborghini ke sebab kat sini memang ramai loaded dan kaya nak mampus. Tapi walau kereta mahal sekalipun masih cermat dalam memandu. Serius. Itu yang aku sangat respect orang Dubai ni. Kalau jem pepanjang tu, kalau ade dua lane jalanraya tu, mesti dua lane je kereta beratur panjang. Takde pun nak masuk emergency lane atau cucuk sana sini. Sangat cermat dan sopan. Respek! Dan selepas tu kami terus di bawa pulang ke rumah abangku di Oasis Tower berhadapan jalan Sheikh Zayed Road. 

permandangan dari luar tingkap rmah abangku di Oasis Tower

Alhamdulillah. Begitulah cerita ketibaan kami di bumi Dubai. Dan di sini aku lebih prefer untuk mencoretkan tempat yang kami lawati sepanjang berada di sana. Kalau nak ikut timeline sepanjang berada di sana, agaknya tersangat panjang post nanti. 20 hari kot! Then, lets the picture describe our journey.

Tempat pertama kami lawati di hari pertama kami tiba di sana ialah Ibnu Battuta Mall. Kami ke sana dengan menaiki Dubai Metro, the world longest fully automated rail system. Kemudahan awam yang sangat membantu pelancong seperti kami yang ingin melawat di sekitar pelosok Dubai. Seriusly. Dan destinasi pertama kami pulak adalah destinasi terjauh kami menaiki Dubai Metro.

Dubai metro station

Lokasi rumah abangku (Oasis Tower) terletak betul-betul bersebelahan dengan Dubai Metro Station (Financial Centre). Dan permusafiran kami terus menuju ke timur Dubai - station Ibn  Battuta. Lama jugak berada dalam train. Dan apa yang menariknya train ini? Dubai metro ini terdiri daripada 5 gerabak dan setiap gerabak mampu menampung seramai 643 orang penumpang. 5 gerabak itu jugak di bahagikan kepada 3 kelas; 1 gerabak untuk Gold (VIP) Class, 1 gerabak untuk wanita dan kanak-kanak dan 3 lagi gerabak untuk Silver Class. Dan kami penumpang biasa ini tergolong dalam golongan Silver class. Dan pengalaman pertama aku menaiki train tersebut agak kelakar. Al-maklum kami mula menaiki untuk menuju ke Ibn Battuta station ketika ramai yang sibuk nak ke tempat kerja masing-masing. Agak sesak pada mulanya. Dan tetibe, pada saat pertama kali aku bersama kakakku naik, kami ternaik di gerabak untuk wanita dan kanak-kanak. Dan pada ketika itu aku langsung tak sedar dan dah kata first time memang tak terdetik langsung nak check ini gerabak kelas yang mana satu. Haha. Dan tanpa segan silu aku ditegur oleh minah salleh dengan hanya menudingkan jari telunjuknya tepat ke lambang yang terlekat di sebelah pintu gerabak itu. Dush! Baru ku sedar ini gerabak untuk golongan wanita dan kanak-kanak. Lantas aku toleh sekelililing dan dapat memang aku dikelilingan oleh kaum Hawa. Ok. Malu kejap! dan terus tanpa segan silu meninggalkan gerabak tersebut dan terus ke gerabak silver class. Haha. 

semangat! bersama kamera Canon abangku sebelum bertolak ke Ibn Battuta Mall

menunggu train tiba

keadaan dalam train bila ramai yang dah turun. lengang sikit.

yeah! ketibaan kami di pintu hadapan IBN BATTUTA SHOPPING MALL

Ok. Masa ni rasa eksaitednya lain macam. Walau cuaca pada ketika itu sangat panas, terik dan kering. Lebih prefer untuk berada indoor dari berlegar-legar di luar disebabkan cuaca yang sangat terik dan bahang. Apa yang bestnya Ibn Battuta Mall ni? Siapa yang tak kenal Ibn Battuta? Boleh rujuk [SINI]

Ok. Apa yang menariknya shopping mall ini ialah shopping mall inilah satu-satunya shopping mall yang telah diinspirasikan oleh sejarawan islam dengan berkonsepkan reka bentuk dalaman yang berbeza meliputi seni bina dan tema ke enam-enam negara yang menjadi destinasi pengembaraan Ibn Battuta satu ketika dulu iaitu Andalusia, Tunisia, Eqypt, Persia, India dan China. Looks whats inside this shopping mall. Really cool!

China Court

Andalusia Court

India Court

Persia Court

Egypt Court

Serius best! Ada juga di sediakan satu sudut sejarah pengembaraan Ibn Battuta di dalam mall ini. Kalaulah aku dah khatam sejarah Ibn Battuta dari dulu mesti best gila datang sini. Apepun walau hanya pembacaan yang ringkas dan melihat serba sedikit replika barang-barang sejarah pada zaman pengembaraan Ibn Battuta dahulu sudah cukup untuk ku rasa kagum dengan seorang pengembara islam yang hebat satu ketika dahulu yang bermula mengembara sejak berumur 20 tahun lagi. Aku sekarang yang sudah 25 tahun pun masih terkapai-kapai dengan ilmu mengembara ni. 










Banyak sebenarnya gambar nak diupload tapi sayangnya tak clear. Al-maklum hanya menggunakan kamera handphone. Maaf ye pengalaman pertama mengembara begini. Masih tak cukup dengan ilmu dan persiapan untuk pendokumentasian yang lengkap. Haha. Apepun, teringin sangat nak ke sana untuk kali kedua. Sempat jugak pekena iceblended sikit di Caribbean Coffee di tengah-tengah Ibn Battuta Mall ini sambil online. Hehe. Dah cukup panjang rasanya untuk post kali ini. Nantikan part II di lain hari. Mintak doakan agar aku istiqamah memerah otak mengingat kembali nostalgiaku tika berada di sana. Amin.

Wallahualam.

Comments