Taming Sari IV. Tahniah!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Berkesempatan jugak aku untuk menaipkan sesuatu di ruangan laman Jejak Musafir ini. Setelah hampir 10 hari tak menulis akibat kekangan masa. Lagi2 sekarang ni penulis telah pun memulakan sesi pengajian untuk semester baru yakni semester kedua untuk tahun kedua penulis menuntut di sini. Alhamdulillah. Setakat ni semua pensyarah penulis agak memuaskan. Haha.

Sebagai mengimbas kembali detik kejayaanku memperolehi 1 EMAS dan 1 PERAK di Kejohanan Silat Taming Sari V tempoh hari. Suka untuk aku mencoretkan sedikit mengenai kejohanan yg disertai penulis tempoh hari.

Pada 30hb hingga 5hb Februari yang lalu, satu kejohanan yakni Festival dan Kejohanan Silat Terbuka IPT dan Jemputan Antarabangsa Taming Sari V telah diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kejohanan ini disertai oleh pasukan2 IPT, pasukan2 kebangsaan yang terdiri daripada PESAKA2 negeri dan pasukan Antarabangsa terdiri daripada pasukan Yala Sport School Thailand dll. Saingan yang agak sengit.

Manakala penulis pula bernaung di bawah pasukan MSN Selangor yang diwakili oleh 5 orang pesilat seni dan 5 orang pesilat olahraga. Pungutan pingat keseluruhan pasukan Selangor, 2 Emas 3 Perak dan 3 Gangsa kalau tak silap. Haha. Alhamdulillah.

Sedikit gambar2 yang sempat ditangkap sepanjang kejohanan tersebut berjalan.

Tunggal Putera Selangor.

Ganda Putera Selangor.

Lunch time!

Dinner time!

Org lain sibuk game, atlit Seni Selangor sibuk training. Haha.

Team Selangor di Majlis Penutup.

My medal. Silver for Tunggal and Gold for Regu. Alhamdulillah.

With Regu Putera UPNM's leader (Mat Rock)

Bersama Team Regu Putera UPNM. Juara Regu kategori IPT. Syabas!

Pesilat Seni Selangor bersama Coach.

Team Pergunungan. Kesemuanya berjaya merangkul title Juara (Emas) except 1 Perak and that's me :( Tahniah!

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Team UiTM Shah Alam kerana berjaya merangkul Juara Keseluruhan Bahagian IPT dan menerima check berjumlah RM1500. Tak lupe juga kepada UPNM kerana berjaya melahirkan Pesilat Terbaik iaitu saudara Faiz.

UiTM

UPNM

Sekadar ni sahaja coretan untuk kali. Insyallah moga kejayaan kali ni dapat dikekalkan untuk game2 yang akan datang.

Wallahualam.

Comments