Kejohanan Silat Pendekar Warisan II


Assalamualaikum.

(Post tertunda)

Pada 20hb-22hb April yang lalu sebelum berlangsungnya Kejuaraan Silat Kebangsaan ke-16, telah diadakan satu Kejohanan Silat Pendekar Warisan II dan Jemputan UPNM yang disertai oleh 5 pasukan jemputan iaitu MSN Selangor, MSN Negeri Sembilan, MSN Melaka, UPNM dan Navvy. Kejohanan tersebut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu antara ahli2 KPS (Kelab Pencak Silat) UPNM dan antara pasukan2 jemputan luar.

Seperti biase, penyertaan penulis dibawah panji MERAH-KUNING yakni Negeri Selangor. Selangor telah menghantar 10 wakil untuk kategori Silat Olahraga dan 9 wakil untuk kategori Silat Seni. Alhamdulillah, dengan berkat latihan yang berterusan bermula dari tahun lepas, Team Silat Seni Selangor telah berjaya memungut 4 EMAS dan 1 PERAK yang terdiri daripada kategori :-

EMAS
Tunggal Putra : Amier
Tunggal Putri : Syahidah
Ganda Putra : Amin & Asyraf
Regu Putra : Nazrul, Hanif & Amier

PERAK
Regu Putri : Norazah, Nadia & As

Tahniah dan Syabas! Kejohanan ini juga merupakan medan untuk mengukur tahap persediaan atlit2 Selangor yang bakal berentap di Kejuaraan Silat Kebangsaan yang diadakan beberapa hari selepas selesai kejohanan tersebut.

Sedikit selingan gambar2 sepanjang kejohanan ( Credit to Nor Azimah Dalip ) :







Tahniah kepada pihak penganjur iaitu KPS UPNM kerana telah berjaya mengorak langkah pertama memulakan kembali penganjuran kejohanan peringkat ipt dan jemputan. Thanks for the invitation. Setakat ini dulu untuk kali ini. Moga kita bersua di Kejohanan PERWIRA 2013 anjuran UPNM di tahun hadapan. Insyallah. 

Wallahualam.

Comments