Sejarah tercipta di SUKMA Perlis 2014!


Assalamualaikum.

Special post dedicated to them.

Tahniah dan syabas! adik-adikku. Fikri, Afiqul, Amir dan Amirul. EMAS pertama Selangor untuk kategori silat seni REGU PUTRA dalam sejarah SUKMA. Mungkin orang tertanya kenapa mereka saja aku ambil berat dan fokus. Jawapannya sebab aku tahu apa yang mereka telah lalui sejak dari mereka 'zero'. Yang menulis ini lah yang membentuk mereka. Halangan demi halangan mereka tempuhi. Dikata buruk oleh orang lain. Disalah tafsir oleh golongan ketiga. Dipandang negatif oleh sesetengah pihak. Diabaikan ketika latihan. Dan banyak lagi. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kita berjaya buktikan kepada mereka yang berkenaan, kita mampu mendapat EMAS dalam SUKMA kali ni. Really proud of them! Just as a reminder, pastikan semakin tinggi kita berada, semakin tunduk kita. Jangan sesekali mendongak berpaling dari bumi. Kerana kejayaan tak bersifat kekal. Dan tiada apa yang bersifat kekal. Hanya Allah yang kekal abadi.


Maaf tak dapat turut serta dalam perjuangan kalian kali ini. Tapi percayalah, ada sebab aku tak turut serta selain dari sebab exam and I think you all know why. Terasa lega pulak bila dah ada legasi regu Selangor untuk kejohanan-kejohanan mendatang. Rasanya dah tiba masa untuk aku tarik 'hand brake'. Biar yang muda pulak melakar sejarah. Teruskan berlatih adik-adikku. Ingat! ikhlaskan hati dalam perjuangan. Jangan sesekali ada sikap menunjuk dan riak dengan kejayaan kita sebelum ini. Kerana ianya hanya tinggal kenangan. Kalian belum tentu juara untuk kejohanan mendatang. Kekalkan momentum. Tingkatkan kualiti permainan. Improvekan hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Itu yang paling penting. Jangan sesekali abaikan. Gudluck guys!

From JUARA KEBANGSAAN MSSM 2012 to JUARA SUKMA Perlis 2014!

p/s: Tak lupa jugak buat semua yang berjaya merangkul pingat di SUKMA Perlis, TAHNIAH dan SYABAS! Kalian terbaik. Berjaya buktikan Selangor terbaik! Yang kecundang? Bagiku kecundang di SUKMA tak perlu berasa hampa sangat. Sebab kita pun tahu sejauh mana kualiti pengadilannya. Kalian patut berbangga sebab di beri peluang mewakili pasukan MERAH-KUNING ke kejohanan berprestij tu. Yang penting barang-barang dan elaun dapat. Hehe. Not to be materiallistic, tapi kalau pingatnya memang dah dirancang, apa lagi nak dikejarkan? kan? kan?

Wallahualam.

Comments