Sunday, 29 April 2012

Kejuaraan Silat Kebangsaan ke-16


Assalamualaikum

Alhamdulillah, selesai sudah satu lagi kejuaraan terbesar yang dianjurkan oleh PESAKA Malaysia yakni Kejuaraan Silat Kebangsaan ke-16 yang telah diadakan di Stadium Badminton Cheras bermula dari 24hb hingga 29hb April yang lalu. Penyertaan dari pasukan PESAKA-PESAKA negeri dan 3 pertubuhan silat iaitu Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM), Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) dan Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM).


Perasmian Kejuaraan Silat Kebangsaan ini juga telah dirasmikan oleh PM, Y.A.B. Dato' Sri Hj Mohd Najib b. Abd Razak bertempat di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur serentak dengan Perhimpunan Pesilat Kebangsaan pada 25hb April yang lalu. Manakala Majlis penutupnya pula telah berlangsung di venue kejuaraan sendiri iaitu Stadium Badminton Cheras yang dirasmikan oleh TPM, Y.A.B. Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin b. Yaasin pada 29hb April yang lalu.

Alhamdulillah, kejuaraan kebangsaan kali kedua penulis sertai bernaung dibawah bendera Merah-Kuning. SELANGOR! Namun, untuk penyertaan kali ini, penulis terpaksa mengharungi pelbagai ujian dan cabaran dan salah satunya ialah dengan penyertaan dalam dua kategori silat seni yakni Tunggal Putra dan Regu Putra. Sejujurnya persediaan penulis masih tidak cukup untuk mempamerkan persembahan yang mantap untuk kedua-dua kategori tersebut dalam kejuaraan tempoh hari. Namun, penulis tetap akur dengan tindakan dan keputusan Jurulatih iaitu memberi peluang penulis untuk menimba pengalaman menyertai dua kategori dalam kejuaraan yang besar ini.


Anyway, TAHNIAH dan SYABAS buat pasukan SELANGOR kerana telah berjaya memungut 2 EMAS, 9 PERAK dan 4 GANGSA. Satu pencapaian yang membanggakan dan peningkatan yang agak drastik dari pencapaian kejuaraan kebangsaan sebelum2 ini.

EMAS
Olahraga Kelas C : Husni Naim
Tunggal Putri : Nurul Syahidah

PERAK
Olahraga Kelas H : Abg Janggut
Olahraga Kelas F : Abg Erol
Olahraga Kelas E : Abg Iman
Olahraga Kelas Bebas : Abg Aril
Olahraga Kelas I : Abg Azizi
Regu Putra : Hanif / Nazrul / Amier
Regu Putri : Aini / Pija / Syahidah
Ganda Putra : Amin / Asyraf
Tempur Senjata Putra

GANGSA
Olahraga Kelas G : Wan Kambing
Solo Kreatif Putri : Faziera
Olahraga
Olahraga

Thanks to all coaches.
-Coach Habizan
-Coach Azizan
-Coach Zul

Penulis tertanya kenapa kelihatan suasana untuk kejuaraan tahun ini nampak lebih serius dan kesungguhan yang tinggi ditonjolkan oleh semua pesilat dan coach Selangor. Tak seperti kejuaraan kebangsaan sebelum2 ini. Hmm. Mungkin itu yang menyebabkan pencapaian tahun ni meningkat.

Alhamdulillah. Untuk pasukan silat seni khususnya group UHBO dan especially Coach Habizan, penulis memohon maaf atas kegagalan penulis untuk menyumbangkan pingat buat Selangor untuk kategori Tunggal Putra. Mungkin latihan selama 5 bulan ini masih tidak cukup untuk bergelar JUARA. Papepun penulis tetap redha dengan keputusan dan penilaian juri.

Sedikit selingan gambar2 sepanjang kejuaraan tersebut :-

Semasa perasmian di Stadium Bola Sepak KL :



Bergambar sementara menunggu Majlis Penutup :

i) Dalam Stadium
















ii) Luar Stadium







'Berkelah' di ruangan lalu-lalang City Campus Hotel Tingkat 13


Final Olahraga (Selangor vs Pahang)
Live in Astro Arena


Muzik Jemputan dari Team Gemala Kasturi


Perasmian tutup oleh Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yaassin.


Penyampaian Pingat untuk Kategori Silat Seni :


Tunggal Putri

Solo Kreatif Putri

Ganda Putra

Tempur Senjata Putra

Regu Putra

Regu Putri

Malangnya di hari penyampaian pingat tempoh hari, penulis terpaksa bermusafir memenuhi undangan Majlis Perkahwinan sahabatku Muhsin di Muadzam Shah, Pahang. Kali kedua penulis tak berpeluang menaiki podium dikalungkan pingat untuk Kejuaraan Kebangsaan.


Insyallah, our next mission will be on this coming Kejohanan Pencak Silat UPSI dan Jemputan Universiti ASEAN ke-3 pada 9hb hingga 3hb Mei 2012 ini. Moga dengan penyertaan2 dalam kejohanan2 terbuka ini dapat mematangkan lagi performance pesilat2 Selangor untuk mempersiapkan diri ke Kejuaraan Kebangsaan ke-17 yang akan datang. Insyallah.

Kepada GOLD-Medalists, moga kalian berpeluang menyarungkan jersi MALAYSIA untuk mewakili negara dalam kejuaraan2 peringkat Antarabangsa kelak. Salah satu impian penulis yakni untuk mewakili negara satu hari nanti. Insyallah. Amiin.

Insyallah, setakat ini penulisan untuk kali ini. Congrates again to all champions. Sekian.

"SELANGOR SHINES"

Wallahualam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...