UPSI dan Jemputan Uni ASEAN. Tahniah!

Assalamualaikum.

Ketibaan hari pertama tahun 2012 telah menjadi pemangkin buat diri penulis untuk mencoretkan sedikit imbasan kenangan menyertai satu kejohanan silat mewakili SELANGOR yang buat julung2 kalinya disertai oleh penulis. 

Kejohanan Pencak Silat UPSI dan Jemputan Universiti ASEAN
21hb - 25hb Disember 2011
Gimnasium, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Yang telah disertai oleh pasukan2 kebangsaan yang terdiri daripada PESAKA setiap negeri, pasukan2 IPT dan pasukan2 jemputan luar daripada CHINA, KOREA, INDONESIA, THAILAND dan VIETNAM. 

Alhamdulillah, walaupun hanya berbekalkan 2 minggu latihan atau secara spesifiknya 6 hari latihan (latihan hujung minggu), mampu membawa balik pingat. Khususnya buat pasukan SILAT SENI yang disertai oleh penulis sendiri telah berjaya menyumbang 1 EMAS dan 2 PERAK. 

Tunggal Putera (PERAK) & Tunggal Puteri (EMAS)

Ganda Putera (Tempat ke-4)

Regu Putera (PERAK)

Naib Juara

Latihan dan kejohanan yang berlangsung jatuh pada minggu peperiksaan penulis yang menyebabkan penulis gagal memberi sepenuh perhatian dan tumpuan untuk kejohanan ini kerana terpaksa memberi keutamaan kepada persediaan menghadapi peperiksaan akhir semester. Pengorbanan yang terpaksa dibuat yakni berulang-alik UPSI-UIAM untuk terkejar2 menjawab exam pada masa yang sama menyertai kejohanan tersebut.

"Academic will always comes first!" 

dan hasilnya...Alhamdulillah~


Insyallah, our next game will be this coming February of 2012. Pray for our success. Don't forget, mintak doakan penulis dan sahabat2 semua yang sedang berjuang habis2an untuk peperiksaan akhir semester ni untuk berjaya dengan cemerlang. Insyallah.

Wallahualam.

Comments