Selangor Jr. JUARA Taming Sari 6


Assalamualaikum.

Selesai sudah satu lagi kejohanan terbuka yang menjadi aktiviti tahunan anjuran Kelab Pencak Silat UKM iaitu Kejohanan Pencak Silat Taming Sari IV 2014 Terbuka IPT dan Jemputan Antarabangsa yang berlangsung selama lima hari bermula 26hb Januari hingga 30hb Januari 2014. Alhamdulillah untuk penyertaan Team Selangor kali ini menampilkan aksi-aksi pesilat Junior yang terdiri daripada atlit-atlit SUKMA yang bakal berentap di Perlis pada bulan Mei ini insya Allah.

Secara keseluruhannya untuk peringkat OPEN, alhamdulillah Team Selangor Jr. berjaya merangkul gelaran JUARA KESELURUHAN dengan pungutan pingat sebanyak 9 EMAS, 4 PERAK dan 3 GANGSA. TAHNIAH!



Untuk penyertaan kali ni, jujurku katakan adalah atas dasar memenuhi permintaan sahabatku Azam Mokhtar dan Nasfirdaus yang inginkan skuad REGU PUTRA Selangor (Senior) beraksi. Walaupun berbakikan kurang dari sehari latihan bersama, alhamdulillah kejayaan kali kedua untuk skuad kali ni mampu beroleh. Apepun, harap mereka puas hati walaupun performance kali ini kurang mantap berbanding Kejohanan Kebangsaan tempoh hari.

Untuk adik-adik junior yang baru bertatih dalam skuad Selangor, bersyukurlah kerana kalian punyai peluang untuk bersama pasukan ini. Zahirkan kesyukuran tersebut melalui komitmen kalian. Tunjukkanlah kalian betul-betul layak dan berkeinginan untuk menyarung baju merah-kuning di SUKMA Perlis kelak. Positifkan sikap terhadap jurulatih dan senior. Ingatlah, sejauh mana kita berjaya pun kalau bukan kerana berkat dari ibubapa dan jurulatih, takkan kalian rasa kemanisan sesuatu kejayaan itu. Percayalah.

Akhir kata, kepada skuad SUKMA Selangor, buktikan kalian mampu menyumbang pingat lebih dari yang di target jurulatih mahupun pihak MSN sendiri. Buktikan kalian seorang CHAMPION. Champion tak kenal erti putus asa atau mengalah. Sebaliknya kekalahan itulah yang menjadi pendorongnya untuk mencipta kejayaan mendatang. BEST OF LUCK guys!

Comments