Monday, 28 November 2016

Rinjani 2015 dalam Kenangan

Assalamualaikum w.b.t.

Tengah-tengah tekun membelek post-post terdahulu, tetiba terserempak dengan blog sahabat se-UIA. Post yang sekian lama ditulis dan pending yang akhirnya terpublish beberapa hari yang lalu. Post yang sangat mengembalikan nostalgia setahun yang lalu. 12 June 2015. Misi pendakian kami berempat menawan puncak Rinjani. MasyaAllah rindu sangat momen tu. Saat pertama kali aku berjinak dengan dunia pendakian. Gunung pertama aku daki. Saat pertama aku rasa peritnya untuk menghabiskan pendakian 2 hari 1 malam. Saat pertama kali juga aku bermalam di atas gunung diselubungi kesejukan yang rasanya seolah tembus hingga ke tulang sum-sum. Di saat paginya terasa bahangnya seolah matahari pacak berada di atas kepala. Di sebelah malamnya berbumbungkan bintang-bintang yang berkelipan membentuk buruj yang bermacam bentuk. Serius rindu sangat! Bersama adik dan dua orang sahabat, Arif, Ami dan Ned.

Kalau bukan kerana Ned mengupdate post beliau berkaitan trip tersebut, mungkin memoriku sudah lama luput ditimbus dengan memori-memori yang baru saja ku lalui sejak belakangan ini. Tapi jujurku katakan memori mendaki Rinjani merupakan antara memori yang sangat best. Nak menceritakan satu persatu saat dan ketika itu mungkin sukar untuk aku trace back the memory, tapi mungkin dengan selingan gambar saja cukup untuk menggambarkan keadaan kami ketika itu.

Yang menghantar kami ke KLIA, tak lain tak bukan our beloved parent. Hehe.

Gambar wajib! bersama buku merah masing-masing.

Alhamdulillah. Selamat mendarat di Lombok International Airport.

Check in di Rinjani Base Camp Senaru.

Sarapan pagi berlatar belakangkan Pergunungan Rinjani.

Menaiki lori menuju ke Sembalun. Satu jam perjalanan duduk kat belakang lori. Lenguh punggung. Haha. Nasib baik disajikan dengan pemandangan gunung Rinjani.

Disebabkan kami ambil package paling singkat 2D 1N, starting pointnya adalah di Sembalun. Naik dari sini turun pun lalu route yang sama. Ada lagi satu package naik dari Senaru turun melalui Sembalun. Tapi package tu memakan masa hampir seminggu. Dengan lafaz bismillah, kami mulakan langkah kami menuju ke puncak atas tu.

Selepas 3 jam pendakian. Tiba di check point ini dan pekena lunch yang dibuat sendiri dengan air tangan Mas Adit. Pandai betul dorang masak. Sedap pun sedap. Cuma agak sakit sikit mata ini bila lihat sisa-sisa makanan dan masakan dibuangnya begitu saja di dalam sungai di kawasan tu. 

Puncak Rinjani kat belakang tu. Kemain jauh lagi. Masa ni dah rasa lega sikit sebab dapat tahu base camp tak jauh je lagi. 

Alhamdulillah. We have safely arrived at Sembalun Base Camp. Serius nice gilaaa view dia. Kami tiba di sini lebih kurang jam 4 petang. 

View cantik gila. Sangat merindui suasana kat atas tu. Binaan kain maroon bertiang empat belah kiri tu adalah tandas. Nak kencing kat situ. Nak berak kena pi kat semak disebalik puncak belakang tu.

Dah posing model habis dah tu. Sambil menahan bau 'harum' semerbak. Inilah kawasan mereka-mereka membuang hajat besar. 

Dinner kami. Sedap bangat! Tapi lupa pulak Mas Adit masak apa. Tapi kalau tengok rupa macam maggi sup. Ye la tu kot. Haha. 

Bila hari semakin gelap, tibalah masa untuk sesi bergambar seperti di atas. Haha.

Bila siang dah melabuhkan tirainya, kesejukan angin malam mula menerpa diri membuatkan diri terpaksa memakai 3 lapis pakaian, 2 lapis stokin. Itu pun masih menggigil. Solat jamak qasar di dalam khemah secara duduk dan terus melelapkan diri. Seawal 2 pagi kami sudah bangkit mengalas perut kopi lombok bersama roti dan terus bersiap memulakan pendakian ke puncak.

Hajatnya nak menawan puncak sambil disajikan pemandangan matahari terbit. Tapi hanya mampu melihat matahari terbit dari jarak lebih kurang 3km dari puncak.

Yeahh! Mission accomplished! Puncak Rinjani berjaya kami tawan dengan jayanya saat jam lebih kurang pukul 7.00 pagi. Subhanallah!

Aku ingat lagi saat aku jejakkan kaki di puncak, terus terduduk sambil bernafas putus-putus. Agak suspen pada mulanya takut diserang AMS. Mungkin disebabkan altitud yang agak tinggi menyukarkan aku untuk bernafas secara normal pada mulanya. Apepun lepas hampir 10 minit aku terduduk, berjaya juga aku bernafas seperti biasa dan terus memulakan sesi shooting. Haha.

Kebetulan ada group pendaki Indonesia di atas, terus diajaknya bergambar sekali. Walau berlainan bendera, tapi misi dan passion kami sama iaitu menawan puncak.

Here we are! Misi menawan Rinjani berjaya. Alhamdulillah. Satu lagi sejarah tercipta buat kami berempat.

Hanya satu jam saja sempat kami peruntukkan untuk berada di puncak kerana terpaksa rush turun ke Sembalun Base Camp sebelum jam 10 pagi. Sampai saja Sembalun Base Camp, matahari dah terpacak atas kepala. Bahangnya jangan nak dikata. Duduk dalam khemah dah rasa macam duduk dalam microwave. Kami kemas-kemas khemah, pekena lunch dan terus bergerak turun ke bawah. Tak sempat nak rest kaki.

Di check point pertama. Alhamdulillah. Muka kawal penat tapi happy sebab dah dekat nak keluar dah. Pekena nenas dan limau fresh yang disediakan oleh potter bertugas.

Muka letih habis, otot badan kaki semua dah start kejang. Tapi happy sebab misi kami berjaya. Alhamdulillah. Naik dan turun dalam keadaan selamat.

Tambah duduk lagi satu malam di sini. Dinner time! Itadakimasu.

Bangun awal sebab nak tengok sun rise dari atap Rinjani Base Campe Lodge.

Penyampaian sijil yang dibuat secara santai selepas kami selesai pekena sarapan di lodge kami. Eksaited habis!

First time naik gunung dan first time dapat sijil naik gunung. Haha.

Kos tambahan sepanjang kami menginap di Rinjani Base Camp. Duduk lagi satu malam plus dinner.

Bergambar di pintu gerbang Taman Nasional Gunung Rinjani.

Singgah beli baju T-Shirt Rinjani di rumah Mas Adit. Alhamdulillah, dapat harga diskaun. Thanks Mas!

Goodbye Rinjani Dreamland! Till we meet again. InsyaAllah.

Bersama kenalan-kenalan Mas Adit. Katanya beliau juga serang pengembara. Pernah menaiki motornya hingga sampai ke Jakarta. Jauh bak ang! Diceritakan juga di sini terdapat banyak jenis bahasa. Lain kawasan lain lenggok bahasanya juga lain bahasanya. Seronok bertukar informasi bila bergaul dengan orang tempatan.

Dijemputnya datang ke rumah pekena Kopi Lombok. Kaw habis kopinya sambil sembang santai tentang budaya di sini.

Singgah minum air kelapa di sini. Maaf terlupa nama tempatnya. Yang penting viewnya tepi pantai tapi dilihat dari atas tebing. Serius lawa gila. Airnya jernih.

Pekena satay pula di tepi pantai. Bila perut lapar, semua benda jadi sedap. Tapi ini memang sedap pun. Cuma pedas sikit tak silap aku. 

On the way ke airport untuk berangkat pulang ke Malaysia.

Bergambar kali terakhir bersama Mas Adit di hadapan Lombok International Airport. 

Muka masing-masing dah penat. Menunggu untuk boarding.

Alhamdulillah. Selamat tiba di KLIA. Baju rasmi kami untuk trip kali ni. 

Fuhh! Akhirnyaa berjaya juga menyusun kembali gambar-gambar mengikut plot pengembaraan kami sepanjang berada di Lombok. Banyak sebenarnya gambar dan babak yang tak diceritakan di sini untuk mengelakkan post yang tersangat panjang. To be fair, most of the idea and flow I got from >> HERE <<. Thanks Ned! Haha.

Lebih setahun baru nak post. Semua memori dah berkarat. Bila terkenang naik Rinjani terasa nak meneruskan kembali misi menawan Indonesia 7 Summit. Tapi takde geng. Masing-masing dah busy dengan kehidupan masing-masing. Moga Allah aturkan peluang untuk ku merasai detik seperti ini untuk kali ke seterusnya. Amin. Anyway thanks guys for the memories! 

Wallahualam.

1 comment:

  1. baru bukak blogger! hahahah azam, yg guide kitorg naik gunung tu mas adit. yg bawak ktorg naik kete mas memes lah. hahha ni semua dia bantai mas adit 😂 lauk yg ktorg makan bila sampai base camp tu lauk lemak. bila dah turun dari summit baru diorg buatkan maggi :p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...