Wednesday, 16 November 2016

Seoul Trip 2016 - Day 1

Assalamualaikum w.b.t.

InsyaAllah posting kali ini aku khususkan untuk perkongsian tentang permusafiranku selama 5 hari ke tanah winter sonata, Korea. Untuk trip kali ini sengaja aku mengambil pakej di bawah agensi Jom Travel Malaysia Sdn Bhd. Dengan kos yang bagiku agak berpatutan iaitu RM1799 selama 5 hari 4 malam di sana termasuk sarapan dan makan tengahari, tiket masuk ke tempat-tempat lawatan tertentu, transportasi ke tempat lawatan dan penginapan. Dan salah satu hajat utama aku memilih untuk pergi di bawah agen adalah untuk melihat sendiri bagaimana mereka menguruskan agensi pelancongan dari sudut pengurusan peserta sepanjang sesi lawatan di sana. Founder kepada syarikat Jom Travel Malaysia ini juga merupakan teman sematrikulasi satu ketika dulu. Sallehuddin Ismail.

Sebenarnya sudah lama aku memasang niat untuk ke Korea. Namun hajat pada mulanya hendak solo backpack ke sana  tapi disebabkan kebetulan ada sahabat yang turut mempunyai passion yang sama ingin turut serta, maka aku terus menukarkan kepada konsep trip sambil belajar. Belajar apa? Belajar macam mana menguruskan tourist. And that's why untuk trip kali ini kami memilih untuk pergi di bawah agent. Dan bila kata bawah agent, segala persiapan bermula dari pembelian tiket flight hingga penyusunan itinerari semuanya telah pun disediakan oleh agent. Kami hanya ikut saja ke mana mereka bawa semasa di sana.

Bergerak ke KLIA2
Dan sebagai arahan pertama yang kami terima menerusi email boarding pass yang kami terima, kami dikehendaki untuk berkumpul di hadapan Starbuck di KLIA2 3 jam sebelum boarding untuk sedikit taklimat, print boarding pass, pemberian alamat hostel di Korea untuk diisi di dalam borang imigresen nanti dan pemberian badge Jom Travel. Bermakna sekitar jam 5 pagi sepatutnya kami sudahpun terpacak di hadapan Starbuck bersama peserta yang lain. Namun, disebabkan diri ini sudah terbiasa tiba di airport betul-betul beberapa minit sebelum flight boarding, maka kami tak sempat untuk berkumpul bersama mereka yang lain. Hinggakan agen terpaksa call aku untuk memastikan penyertaan kami. Dan disebabkan kelewatan kami juga, kami berdua tak dapat badge Jom Travel yang sepatutnya diberikan secara percuma kepada semua peserta kali ini. Kami tiba di KLIA2 sekitar jam 6.30 pagi dan terus menuju ke surau untuk menunaikan solat Subuh. Malam sebelumnya kami sudahpun check-in online dan print out boarding pass. Seusai saja solat, terus kami menuju ke balai pelepasan dengan melalui gate imigresen. Di KLIA2, balai pelepasan untuk penerbangan luar negara agak jauh. Maka, kami terpaksa lari-lari anak untuk mengejar masa sampai ke gate pelepasan untuk penerbangan D7 536. Setibanya di sana, seperti biasa flightnya masih belum berkunjung tiba. Ini boleh kata penerbangan yang ke empat aku tempuhi yang mana aku tiba di balai menunggu dan flightnya masih belum tiba. Dan kami selamat berlepas dari KLIA2 menuju ke Incheon International Airport sekitar jam 8.30 pagi. Penerbangan kali ini mengambil masa 6 jam lebih.

penat berlari anak, bila sampai kecewa tengok flight masih belum tiba. Haha.

buku merah jangan lupa untuk di bawa kemana-mana bila kita bermusafir

Tiba di Incheon International Airport, Korea
Alhamdulillah, kami selamat mendarat di Incheon International Airport sekitar jam 3.35 petang. Kami diminta untuk keluar melalui Gate C dan berhimpun di hadapan sebuah restoran disebelah kanan gate tersebut. Itu yang tertulis dalam arahan yang disertakan sekali bersama email boarding pass kami. Dan kami pun ikut bulat-bulat apa yang mereka arahkan. Cumanya kami gagal untuk menjumpai gate C, yang kami jumpa hanya gate D. Kami pun terus keluar melalui gate D dan menuju ke gate C dari luar. Dan dari gate C kami terus mencari lokasi restoran yang dinyatakan tadi. Malangnya pusing punya pusing masih tak temui sehingga ada seorang pemuda Melayu yang berpakaian ala korea menegur kami "abang datang under Jom Travel ke?". Lantas aku jawab "Ya". Seperti yang dijangkakan, beliau salah seorang yang ditugaskan untuk menyambut kedatangan kami di sini. Rupanya di gate D, beliau telah lama tampil sambil memegang kertas tertulis Jom Travel. Kami saja yang tak nampak sebab fokus kami ingin mencari restoran tadi. Kami diminta untuk menunggu di tempat duduk di bahagian tengah airport sementara menanti kesemua 48 orang keluar dan berkumpul di tempat yang sama. Jumlah keseluruhan peserta kali ini agak ramai mencecah 63 orang. Katanya ini pertama kali Jom Travel menerima penyertaan yang seramai ini. Selebihnya telahpun tiba di sini awal pagi tadi. Setelah kesemuanya keluar dan berhimpun, kami dibahagikan kepada beberapa group. Group kecil kami terdiri daripada 17 orang. Agak ramai. First time aku travel beramai-ramai. Destinasi pertama kami adalah Haechi Hostel yang terletak di Dangdaewun. Penginapan kami sepanjang 5 hari bermusafir di sini. Tour guide kami untuk hari pertama namanya Hisham. Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Hanyang University, Korea dalam bidang Mekanikal Engineering. Katanya baru habis musim midterm exam dan sekarang kelas berjalan seperti biasa. Di sini, selepas saja exam midterm terus kembali ke minggu kelas seperti biasa. Tiada cuti pertengahan semester seperti yang diamalkan di Malaysia.

beratur panjang untuk melepasi gate imigresen di Incheon International Airport

Dah sampai di Gate C, tapi masih terpinga-pinga untuk mencari restoran tersebut

berhimpun di hadapan pintu masuk utama airport sebelum diagihkan kepada beberapa group kecil

on the way to our hostel

menaiki Airport Railroad train dari Incheon Airport ke Seoul Station dan bertukar ke line 4 menuju ke Dongdaemun History & Culture Park station.

Tiba di Haechi Hostel
Haechi Hostel terletak betul-betul bersebelahan dengan 7 Eleven. Untuk sampai di sana, kami dikehendaki untuk menaiki train line 4 (warna biru) dan berhenti di Dongdaemun History & Culture Park station. Keluar melalui exit 7 dan terus berjalan menghala ke kanan dalam 200m dan akan terjumpa kedai 7 Eleven yang betul-betul di simpang bertentangan jalan. Hostelnya berada di sebelahnya. Dan sebelah malam itu setelah selesai kesemua 17 orang check-in di Haechi Hostel, aku wan dan Hisham keluar semula untuk mencari santapan malam untuk kesemua 15 orang yang sedang kelaparan di bilik masing-masing. Entah kenapa hanya kami berdua saja yang Hisham pilih untuk menemaninya mencari makanan di sekitar pekan Dongdaewun. Aku pun mengambil peluang untuk berjalan-jalan di sekitar pekan tersebut sambil kami berbual tentang perihal budaya di Korea ini. Makanan malam selamat tiba di hostel dan diserahkan kepada kesemua 15 orang sekitar jam 10.30 malam. Menunya nasi putih bersama Squid Tteokbokki. Agak lewat sebenarnya tapi nak buat macam mana. Gara-gara kedai yang ditarget tak dijumpai, kami terpaksa bermundar-mandir mencari kedai lain untuk membeli makanan. Belum kata memilih menunya lagi. Cabaran berada di negara bukan Islam. Sumber makanan halal sangat sukar dicari. Namun itu yang menjadikan trip kali ini agak best dan mencabar. Harga untuk menu malam itu ialah KRW4500 seorang. Dan kos ini sudah termasuk dalam package.

baru saja keluar dari exit 7. punyalah banyak tangga nak kene tempuhi. beg pula besar-besar. Nasib baik ramai lelaki yang sado-sado untuk tolong angkatkan. Haha.

this is our Hostel! just beside 7 Eleven. 

Baru masuk bilik sendiri setelah tolong Hisham agihkan kesemua 15 orang yang lain ke bilik masing-masing. the first thing we do is selfie! Haha.

on the way untuk mencari makan. di Dongdaewun. memang meriah malam-malam kat sini.

kebetulan lalu di sebelah salah satu dari 7 temple terkenal di Korea. Heunginjimun.

disebabkan kedai burger halal tak dijumpai walaupun berada dalam google map, kedai ini saja mampu menambat hati kami. Haha. 

That marks our first day being at Korea for the first time ever! Yeah. Really excited to explore new culture here. To be continued..

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...