P1 dah kena BANNED

Assalamualaikum.


Bangun jer lepas selesai solat Subuh semua, aku terus menghadap laptop. Bukak jer Browser terus terpapar webpage seperti di atas. Arggh. Buat ganggu mood aku je pepagi. Naseb baik ada broadband. Tapi broadband aku ni pun dah nazak jugak. Kuota dah habes. Takat nak online boleh la kot. Tapi memang LEMBAB tahap gaban la. 

Ni mesti kes ayah aku tak bayar untuk bulan ni. Bukan taknak bayar. Tapi sebab taukeh kedai P1 Wimax (Cawangan Carrefour Wangsa Maju) tu adalah sangat3 TAK BERETIKA! bila deal dengan customer. Ada ke patut ayah aku nak bayar guna duit besar, then mamat tu boleh SURUH ayah aku pergi tukar duit kecik kat kedai lain dulu pastu baru datang balik bayar. Puiihh! Cam tu ke nak deal dengan customer? 

Aku paling suka statement ayah aku sebelum dia BLA dari kedai tu.
"Saya akan DOAKAN bisnes kamu HANCUR!"
Lebih kurang cam tu la. Tapi taukeh tu boleh buat bodoh je. Haih. Dulu ayah aku BANNED Telekom. Sekarang ni P1 Wimax pulak. Memang semua syarikat telekomunnikasi camni ek? Hmm.

Comments