Redha dengan ketentuan-NYA

Assalamualaikum.

Setiap hari aku seringkali terfikir apa yang sebenarnya yang aku inginkan kat dunia ini. Melihat orang berjaya kita pun nak berjaya. Melihat orang hidup kaya, kita pun nak merasa hidup kaya. Melihat orang jadi engineer berjaya, kita pun nak merasa jadi engineer berjaya. Melihat walimah orang grand, kita pun teringin nak adakan walimah grand jugak. Tapi hakikatnya semuanya itu hanya keinginan diri. Kehendak. Bukan benda yang perlu dan bukan beri kesan pada hidup mendatang pun. Hanya kenangan yang terlakar indah hanya pada ketika itu.

Aku bermuhasabah. Aku mungkin lain dari adik beradikku yang lain. Aku seringkali mempunyai idea dan keinginan yang bercanggah dari ibubapaku dan mungkin sebilangan adik-beradikku. Aku pun tak tahu kenapa. Benarlah orang kata, kekadang orang yang sudah lalui pengalaman itu lebih mengetahui kesan dan akibatnya dari yang baru bertatih nak melaluinya. Tapi aku tahu, aku tetap berdegil. Aku tetap inginkan apa yang aku inginkan. Tapi aku juga tahu keinginanku ini mungkin berbeza dengan apa yang ibubapaku harapkan. Dan di sini, mungkin sudah tiba masanya aku berhenti. Berhenti berharap. Berhenti mengimpikan sesuatu yang jelas bukan dari keinginan ibubapaku. Hati anak siapa yang tak gembira bila lihat ibubapanya gembira. Dan itulah yang seringkali berlegar-legar dalam fikiranku. Aku punyai satu impian yang aku tahu ianya hanya bersifat sementara tapi jelas impian itu bukanlah cara bapaku. Di situ aku terpaksa akur. Dan aku tetap cuba dan terus mencuba untuk terima hakikat, tak semua benda dan perkara kat dunia ini kita boleh kejar dan terjadi seperti yang kita harapkan. Kita hidup berkeluarga, hidup bersahabat, hidup bermasyarakat. Bukan hidup berseorangan yang mana kita boleh merancang segalanya ikut kepala otak kita tanpa mengambil perhatian perasaan dan keinginan pihak kedua dan ketiga.


Ya Allah, selama ini mungkin aku buta. Mungkin aku terlalu mengikutkan hati dan perasaan sendiri. Pentingkan diri. Selfish. Ya Allah, pandulah aku ke jalan yang benar. Lembutkan lah hatiku untuk menerima segalanya dengan hati yang terbuka tanpa mempetikaikan. Walau di sebalik hatiku sangat sedih, tapi apa kan daya kalau itu yang boleh membuat hati mereka gembira.

Comments